suria

PKS Digesa Kembangkan Perniagaan Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR: Usahawan tempatan digesa mengembangkan perniagaan mereka di luar negara dan tidak terlalu selesa dengan operasi domestik mereka.

Taikun hartanah, Tan Sri Liew Kee Sin, yang juga Pengerusi hakim Cabaran Inovasi PKS 2014 berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia cenderong untuk terlalu selesa dengan tahap perniagaan mereka berikutan pelbagai jenis bantuan yang diberikan kerajaan.

"Mereka mudah berasa puas dengan memiliki modal pasaran RM5 juta manakala modal pasaran PKS di Singapura dan Hong Kong pula berjuta-juta dolar Singapura atau dolar AS.

"Apabila anda ingin membeli sebidang tanah di London, anda terpaksa membelanjaka 500 juta pound dan dengan modal pasaran RM5 juta, anda tidak akan mampu membuat belian itu," katanya kepada pemberita pada pelancaran cabaran berkenaan di sini, Sabtu.

Liew yang juga Pengarah Eco World Development Group Bhd, menggesa golongan usahawan meningkatkan perniagaan mereka bagi memacu ekonomi serta membantu Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Peraduan yang dianjurkan Alliance Bank Malaysia Bhd itu bermula hari ini sempena Persidangan Usahawan Muda 2014, di mana 20 finalis akan menerima bimbingan daripada pemimpin perniagaan terkemuka serta peluang untuk memenangi hadiah sehingga RM600,000.

Sementara itu, penjual kasut secara dalam talian, Christy Ng, yang memenangi hadiah utama RM250,000 dalam peraduan itu tahun lalu, menggesa PKS menggunakan persaingan sebagai batu loncatan dalam industri.

"Tiada ada apa yang rugi jika PKS menyertainya. Selain itu ia adalah platform yang baik untuk mengenali diri serta berjumpa dengan usahawan terkemuka lain," katanya.

Ng berkata, jualan dan tempahan syarikatnya meningkat dua kali ganda dengan sebahagian besarnya dari seberang laut seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

"Kami yakin prestasi kami tahun ini akan menjadi lebih baik, bukan sahaja disebabkan dana itu, tetapi juga daripada bimbingan, panduan dan publisiti yang diterima.

"Tidak penting sama ada anda menang atau tidak kerana banyak yang anda perolehi dengan menyertainya," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Lain