suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Axiata Jual Pegangan Dalam Samart I-Mobile

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd menjual 24 peratus pegangannya dalam Samart i-Mobile pcl kepada Samart Corp pcl dengan harga US$88.6 juta.

Samart Corp, pemegang saham semasa dalam Samart i-Mobile, memegang kira-kira 52 peratus daripada jumlah modal saham tertunggak dan terbitan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Bhd, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim, berkata Axiata sentiasa menyuarakan hasratnya untuk melupuskan perniagaan bukan terasnya pada masa yang paling sesuai dan menumpukan kepada perniagaan utamanya komunikasi mudah alih.

"Penjualan Samart i-Mobile itu mencerminkan kesinambungan hala tuju strategik kami," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Samart i-Mobile terlibat dalam perniagaan menyediakan perkhidmatan maklumat tanpa wayar segera dan kandungan mudah alih, bersama dengan pengedaran telefon bimbit dan aksesori. 


Artikel Lain