suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

EPMB Dapat Kontrak Honda Malaysia

SHAH ALAM: EP Manufacturing Bhd (EPMB), syarikat pembuat sistem automotif tahap 1 dan komponen memperoleh kontrak membekalkan komponen automotif kepada Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB).

EPMB sudah melabur RM27 juta untuk kilang baharu dan peralatan.

Pengerusi Eksekutifnya Hamidon Abdullah pada Isnin berkata EPMB gembira kerana berjaya meluaskan asas pelanggannya, termasuk HMSB.

"HMSB adalah antara lima pengeluar kenderaan utama di Malaysia dan jenama yang kukuh dalam industri automotif global.

"Kontrak baharu ini adalah bukti keupayaan EPMB, sebagai pembekal komponen automotif tahap 1," katanya.

Sementara itu, hubungan yang baru terjalin antara EPMB dan HMSB, bakal menjadi platform yang baik untuk kumpulan itu mempamerkan kepakarannya.

EPMB berharap dapat bekerjasama dengan pengeluar kenderaan baharu, terutama selepas industri ini melihat kemunculan penggiat dan model baharu, disebabkan persaingan sengit susulan liberalisasi pasaran yang memacu harga kereta turun.


EPMB, Honda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain