Lesen 70 Koperasi Di Kelantan Dibatal - Niaga | mStar

Lesen 70 Koperasi Di Kelantan Dibatal

KOTA BAHARU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan membatalkan lesen lebih 70 koperasi di negeri ini sejak 2008 disebabkan tidak aktif dan menyeleweng daripada matlamat penubuhan koperasi.

Timbalan Pengarahnya Anuar Mohamad berkata jumlah koperasi yang dibatalkan itu adalah kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan 715 koperasi yang beroperasi di negeri ini.

"Pembatalan ini dilakukan disebabkan kita dapati mereka tidak aktif dan tidak menjalankan sebarang aktiviti, selain menyeleweng daripada landasan koperasi apabila tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kita cuba untuk memulihkan koperasi yang tidak aktif, dan jika usaha tersebut tidak membawa kesan, kita batalkan koperasi berkenaan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad ke-19, di sini, Sabtu.

Anuar berkata lesen koperasi yang tidak berpotensi untuk maju dan kekurangan anggota juga berdepan kemungkinan dibatalkan jika tiada tindakan segera diambil dalam menangani masalah itu.

Katanya penubuhan koperasi di setiap komuniti termasuk jabatan kerajaan, digalakkan kerana ia mampu memberi banyak manfaat kepada ahli.


Kelantan , Koperasi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

667 Kariah Masjid Tubuh Koperasi - Angkasa

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain