suria

Pengerang Independent Terminals Sedia Tambah Pelaburan - Najib

KOTA TINGGI: Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd (PITSB) dijangka menambah RM16 bilion dalam tempoh 15 tahun akan datang bagi membangunkan lagi kawasan untuk memenuhi permintaan masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semasa mengumumkannya, beliau berkata pelaburan itu akan menyaksikan peluasan terminal bebas daripada kapasiti semasa 1.3 juta meter padu kepada 10 juta meter padu dalam tempoh 10 tahun.

"Juga apa yang amat penting ialah dengan setiap RM1 bilion pelaburan, kesan berganda akan menjadi RM20 bilion," kata beliau semasa berucap sebelum merasmikan Fasa 1A PITSB di Pengerang, di sini pada khamis.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata limpahan ekonomi daripada projek-projek ini amat besar.

"Dengan limpahan aktiviti ekonomi yang semakin pesat di negara ini, saya berharap ia akan mendorong lebih ramai anak-anak watan negeri Johor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk menceburi bidang minyak, gas dan petrokimia, kata perdana menteri.

PITSB merupakan perkongsian awam-swasta antara kerajaan negeri Johor, Royal Vopak dari Belanda dan Dialog Group.


Pengerang

Artikel Berikut

Saham 7-Eleven Meningkat

Artikel Lain