suria

KUALA LUMPUR: Perdana Petroleum Bhd menyasar untuk mencatatkan kenaikan 20 peratus dalam pendapatan dalam tempoh dua tahun akan datang berikutan pemerolehan harta-harta baharu, kata Pengarah Urusan Surya Hidayat Abdul Malik.

Beliau berkata syarikat membeli dua unit tongkang kerja penginapan (AWB) dengan kapasiti 500 orang daripada Nam Cheong Ltd pada US$84 juta (US$1.00 = RM3.21), dengan pilihan untuk dua lagi unit.

"Kedua-dua AWB itu baharu dibina, yang pertama seumpamanya di Malaysia, akan diterima pada suku pertama dan suku kedua 2016," kata Surya.

Bercakap kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian dengan Nam Cheong untuk memudahkan pembelian berkenaan di sini pada Isnin, Surya Hidayat berkata pemerolehan itu akan dibiayai oleh dana dalaman dan pinjaman bank.

Perdana Petroleum mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM65.47 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2013, berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM2.28 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Perolehan meningkat kepada RM274.67 juta dalam tempoh yang dikaji, daripada RM259.54 juta pada 2012.

Pengendali dan pemilik kapal bekalan luar pesisir itu, yang mempunyai kontrak dalam tangan yang kukuh sebanyak RM1.3 bilion, telah mengemukakan tender untuk mencatar bernilai RM300 juta bagi dua unit baharu kapal AWB berkapasiti 500 orang, kata Surya Hidayat.

"Kami meneroka peluang-peluang perniagaan baharu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Vietnam, Thailand dan Myanmar. Kami tidak menolak kemungkinan untuk memasuki pasaran Indonesia dan Australia juga.

"Kami berharap Perdana Petroleum akan menjadi lebih besar dalam tempoh lima tahun akan datang dan menjadi peserta serantau dalam menjalankan catar lapangan lama daripada hanya di lapangan baharu," katanya.

Surya Hidayat berkata setiap AWB telah direka untuk penginapan 500 orang dengan kapasiti kren 300 tan.

Perdana Petrolium

Artikel Sebelum

Artikel Lain