suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FedEx Syarikat Kargo Udara Terbaik

KUALA LUMPUR: FedEx Express (FedEx), anak syarikat FedEx Corp, meraih anugerah Syarikat Pengangkut Kargo Udara Terbaik - Amerika Utara di majlis Anugerah Rantaian Fret dan Bekalan Asia (AFSCA) ke-28 di Shanghai, China.

Ini merupakan kali ketujuh FedEx, pengangkut ekspres terbesar dunia itu memenangi anugerah ini sejak 2002, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

"Pengiktirafan yang konsisten ini merupakan pengesahan kepada perkhidmatan kami yang terbaik dalam kelasnya," kata Presiden FedEx Express Asia Pasifik, David L. Cunningham Jr.

AFSCA tahunan itu yang dianjurkan oleh penerbitan perdagangan serantau Cargonews Asia, merupakan satu daripada anugerah paling berprestij bagi industri pengangkutan dan rantaian bekalan di Asia.

Anugerah itu menghargai kepimpinan serta kualiti perkhidmatan, inovasi, pengurusan perhubungan pelanggan dan kebolehpercayaan yang konsisten. 


Fedex

Artikel Lain