suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cagamas Umum Terbitan CMTN RM40 Juta

KUALA LUMPUR: Cagamas Bhd (Cagamas), perbadanan gadai janji negara telah memuktamadkan terbitan RM40 juta nota jangka sederhana konvensional (CMTN) dua tahun.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Cagamas berkata keuntungan daripada terbitan itu akan digunakan untuk membiayai pembelian pembiayaan konvensional dalam sistem kewangan.

Jangkaan peningkatan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekurang-kurangnya 25 mata asas tahun ini menjejaskan pasaran apabila kebanyakan peserta memilih untuk tidak memasuki pasaran, kata Cagamas.

Bagaimanapun, terbitan pertama itu sejak kemasukan Cagamas dalam Indeks Bon Tempatan HSBC Asia (ALBI) pada 1 April tahun ini, berjaya mencapai bidaan tinggi untuk meliputi nisbah 3.50 kali dengan harga kompetitif pada 46 mata asas mengatasi Sekuriti Kerajaan Malaysia, katanya.

"Ini membuktikan keyakinan pelabur ke atas kertas-kertas Cagamas walaupun persekitaran pasaran yang sukar," kata Cagamas.

CMTN Cagamas yang akan ditebus pada nilai harga nominal penuh apabila matang, adalah obligasi tidak bercagar syarikat, dalam kedudukan sama tara dengan semua obligasi tidak bercagar sedia ada.

"Sekuriti ini akan disenarai dan didagangkan dalam sistem dagangan sekuriti tanpa skrip," katanya.


Cagamas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain