suria

AirAsia Perkenal Semula Laluan KL- Da Nang

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd melancarkan semula laluan Kuala Lumpur - Da Nang dengan menyediakan empat penerbangan seminggu pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Sempena pelancaran semula itu, syarikat penerbangan tambang rendah itu menawarkan tempat duduk promosi dengan tambang serendah RM99 sehala ke Da Nang bagi tempoh perjalanan mulai 29 Ogos, 2014 hingga 31 Julai, 2015.

Tempahan boleh dibuat mulai hari ini hingga 15 Jun, 2014, kata AirAsia dalam satu kenyataan.
Airasia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain