Kerjasama Ekonomi M'sia dan S'pura Akan Diperkukuh - Niaga | mStar

Kerjasama Ekonomi M'sia dan S'pura Akan Diperkukuh

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, diiringi Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam dan Isteri Mary Tan, berkenan berangkat ke majlis makan malam sempena lawatan negara Baginda ke Singapura di Istana Singapura pada malam Isnin.

SINGAPURA: Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam berkata Malaysia dan Singapura masing-masing akan kekal sebagai rakan dagang utama.

"Kerjasama dalam bidang ini akan terus diperkukuh, terutama menerusi kerjasama di Iskandar Malaysia," katanya dalam ucapan pada jamuan negara di Istana pada petang Isnin.

Singapura kini merupakan pelabur terbesar Malaysia di Iskandar Malaysia.

Presiden Tan dan isteri, Mary Tan, menganjurkan bankuet negara itu sempena lawatan negara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, ke Singapura.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Lim Swee Say, Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Fadillah Yusof, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Husni Zai Yaacob dan Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah.

"Kerjasama ini akan terus mengintegrasikan ekonomi kita dan membantu urusan satu sama lain dengan lebih baik untuk menghadapi cabaran persaingan global.

"Bersama-sama, kita boleh merealisasikan potensi yang digabungkan untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk rakyat kita," katanya.

Tan berkata kerjasama antara kedua-dua negara telah berkembang tahun ke tahun sejak kebelakangan ini, malah berjaya menyelesaikan perbezaan yang sudah lama tertangguh.

"Kami sudah melakar kemajuan dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Singapura-Kuala Lumpur dan Rapid Transit Link antara Johor Bahru dan Singapura.

Inisiatif ini akan membuka jalan untuk meningkatkan perhubungan antara kedua-dua negara," katanya.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah, berangkat tiba di sini pada Ahad.

Malaysia , Singapura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain