Golden Agro Jual 70 Peratus Kepentingan Dalam Skim Perladangan

Datuk Allan Lim Kim Huat

KUALA LUMPUR: Golden Agro Plantation (Mukah) Bhd menjangka untuk menyelesaikan jualan 70 peratus kepentingannya dalam Golden Agro Growers Scheme (GAGS) untuk langganan awam menjelang 2016, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Allan Lim Kim Huat.

Setakat 29 April, jumlah lot yang sudah dijual kepada awam ialah 415 lot dan pihak pengurusan merancang menjual baki 28,825 lot dalam tempoh dua tahun.

Kami sedang memasarkan lot terbabit secara agresif dan menggesa pelabur tempatan mengambil peluang untuk melabur dalam industri perladangan kerana ia adalah aset yang kukuh," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan kejayaan syarikat menyiapkan fasa satu lebih awal daripada jadual.

Lim berkata, dalam dua hingga tiga bulan lalu, pelabur Jepun, China, Singapura dan Taiwan menunjukkan minat dalam skim berkenaan.

Diluluskan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sebanyak 41,772 lot diwujudkan untuk skim pelaburan berkenaan dengan 70 peratus atau 29,240 daripada lot ditawarkan kepada orang ramai dan 30 peratus atau 12,532 lot dipegang oleh pihak pengurusan.

Projek itu dibahagikan kepada tiga fasa, fasa pertama atau 1,475 hektar sudah ditanam sepenuhnya dan fasa dua (1,624.30 hektar) dalam peringkat akhir untuk siap manakala fasa tiga (1,128.23 hektar) akan dibangunkan pada pertengahan tahun depan.

Menurutnya, syarikat itu berhemat mengenai GAGS dan kekal optimis terhadap industri minyak sawit Malaysia.

"Pelabur boleh menuai hasil daripada industri minyak sawit yang menguntungkan dengan melanggan lot GAGS bernilai RM8,000 untuk lot suku ekar dan untung bersih dijamin sebanyak tujuh peratus setahun sehingga 2017.

"Mereka kemudian akan menikmati 100 peratus untung bersih ladang itu sehingga skim berkenaan matang pada 2032," katanya.


Golden Agro, Mukah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain