suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Big Apple Zabena Buka Cawangan Ke-4 Donut & Cafe

Gambar Hiasan

MUAR: Big Apple Zabena Sdn Bhd akan membuka sebuah lagi cawangan restoran makanan 'Donut & Cafe' di kawasan Rehat & Rawat  (R&R) di Lebuhraya Utara Selatan, membabitkan pelaburan lebih RM1 juta, Julai ini.

Pengarah Urusannya, Safwan Zakwan Zulkifle, berkata dengan pembukaan cawangan itu bilangan premis itu meningkat kepada empat.

"Pelaburan untuk cawangan baru ini merangkumi pembelian peralatan serba moden dan reka bentuk restoran yang unik untuk menarik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di sini, Ahad.

Beliau berkata seperti dua cawangannya di kompleks beli belah Mydin di MITC, Ayer Keroh, Melaka dan pasar raya Tesco berhampiran Terminal Melaka, sebanyak RM700,000 telah dilaburkan untuk pembukaan cawangan di Muar ini.

Pembukaan cawangan baharu ini bertujuan menampung permintaan yang luar biasa daripada pelanggan.


Artikel Lain