suria

Ikea Tarik Balik 2 Model Katil Kanak-Kanak Termasuk Di Malaysia

STOCKHOLM: Pengeluar perabot terkemuka dunia, Ikea menarik balik dua model katil kanak-kanak keluarannya membabitkan beberapa negara termasuk Malaysia.

Keputusan itu dibuat selepas syarikat berkenaan menerima aduan berhubung sisi tajam pada rod logam rosak yang boleh mencederakan pengguna.

Ikea memaklumkan, dua model katil yang ditarik balik ialah Kritter dan Sniglar.

Selain Malaysia, penarikan balik model katil itu membabitkan beberapa negara termasuk  Belgium, Britain, China, Republik Czech, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Sweden, Switzerland, Thailand dan Turki.

Penarikan balik itu bagi mengelakkan kanak-kanak tercedera akibat terkena bahagian tajam.

Menurut Ikea, pelanggan boleh memilih untuk memulangkan katil tersebut atau menerima kit pembaikian secara percuma untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada katil berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain