suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shireen Muhiudeen Tersenarai Dalam 50 Power Businesswomen Forbes Asia

Shireen Muhiudeen

KUALA LUMPUR: Pengurus dana veteran, Shireen Muhiudeen menjadi warga Malaysia tunggal yang termasuk dalam senarai tahunan 50 'Power Businesswomen' Forbes Asia 2014.

Shireen ialah pengasas dan ketua pengurus dana Corston-Smith Asset Management.

Corston-Smith dalam satu kenyataan, Rabu memaklumkan senarai itu diterbitkan oleh majalah itu yang menampilkan 50 daripada ahli perniagaan wanita yang paling cemerlang dan berkuasa di Asia Pasifik, berdasarkan pendapatan syarikat, kedudukan wanita itu dalam syarikat dan sejauh mana beliau terlibat dalam operasi syarikat.

Senarai tahun ini juga memasukkan warga Singapura, Chew Gek Khim, Pengerusi Eksekutif Straits Trading; Ho Ching, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings; Sun Yafang, Pengerusi Huawei Technologies China; Nishi Vasudeva, Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Hindustan Petroleum dari India; dan Eleanor Kwok, Pengasas dan Naib Pengerusi Sa Sa International Holdings dari Hong Kong.

Yvonne Chia,Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank, berada dalam senarai tersebut tahun lalu.


Artikel Berikut

Artikel Lain