Fama Perluas Ladang Kontrak Ke Kelantan - Niaga | mStar

Fama Perluas Ladang Kontrak Ke Kelantan

KOTA BAHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memperluas kawasan ladang kontrak di Kelantan kepada 200 hektar tahun ini berbanding 120 hektar tahun lepas.

Pengarah Fama Wilayah Timur 1, Mohd Ariffin Awang berkata usaha itu dilakukan setelah melihat sambutan baik para petani untuk menyertai program berkenaan.

Beliau berkata sebanyak 27 peserta telah menandatangani perjanjian untuk menyertai projek ladang kontrak yang melibatkan kawasan penanaman seluas 58 hektar dan dianggarkan akan menghasilkan 400 tan metrik tembikai wangi mulai April ini.

Majlis menandatangani perjanjian jual-beli hasil ladang kontrak dilakukan di sini, Isnin.

Seorang peserta Mohd Noor Mansur, 54, berkata beliau berpuas hati dengan perjanjian itu memandangkan Fama telah banyak membantu memasarkan produk tani yang dihasilkannya.

"Saya tak perlu lagi nak fikir ke mana harus dipasarkan buah-buahan ini sebab Fama akan beli 100 peratus hasilnya," katanya.

Mengenai Pesta Orkid dan Flora yang berlangsung selama 10 hari bermula 20 Mac lalu di Pusat Transformasi Luar Bandar Kelantan di Tunjong di sini, Mohd Ariffin berkata nilai jualan yang dicapai adalah sebanyak RM5.2 juta dengan jumlah pengunjung kira-kira 300,000 orang.

"Kita berjaya melepasi sasaran dan kita akan perbanyakkan lagi program seperti ini yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat negeri ini," katanya.

Fama , Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?