suria

ASNB Umum Dividen 6.60 Sen Bagi Pelabur ASM

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), pada Rabu mengumumkan dividen 6.60 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014.

Pengagihan pendapatan 6.60 sen itu adalah lebih tinggi daripada dividen biasa 6.50 sen dan dividen istimewa 0.30 sen seunit yang dibayar tahun lepas, kata Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. 

Beliau berkata, pengagihan pendapatan itu melibatkan pembayaran berjumlah RM947.10 juta, meningkat daripada RM913.85 juta tahun lepas.

Pembayaran itu akan dinikmati oleh 530,000 pemegang unit, yang kini memegang 14.34 bilion unit ASM, katanya pada sidang media. 

Artikel Lain