suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petronas, Shell Umum Penemuan Minyak Di Luar Pantai Sabah

KUALA LUMPUR: Petronas dan Shell Malaysia pada Isnin mengumumkan penemuan minyak di luar pantai Sabah.

Penemuan itu dibuat oleh Shell menerusi telaga Limbayong-2 semasa penggerudian telaga di lapangan gas Limbayong.

"Penggerudian telaga itu telah bertemu dengan pasir yang mengandungi minyak 136 meter dan terdapat rancangan untuk menjalankan lebih banyak kerja-kerja penggerudian bagi menentukan kuantiti yang boleh diperoleh semula daripadanya. 

"Petronas amat gembira dengan penemuan ini yang mengesahkan prospek hidrokarbon di kawasan laut dalam Malaysia.

"Penemuan ini membuktikan potensi besar di kawasan ini dan ia merupakan pembangunan positif bagi aktiviti eksplorasi di Sabah dan Sarawak," kata Petronas dalam satu kenyataan.

Penggerudian telaga Limbayong-2 dijalankan oleh konsortium Shell Malaysia (35 peratus), Conoco Phillips (35 peratus) dan Petronas Carigali Sdn Bhd (30 peratus).

Artikel Lain