suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Christopher Ong Dilantik Pengarah Urusan DHL Express Malaysia, Brunei

Christopher Ong.

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan penghantaran ekspres, DHL Express melantik Christopher Ong sebagai Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei.

Ong, sebelum itu berkhidmat sebagai Pengurus Negara DHL Express di Vietnam. 

Berpangkalan di Kuala Lumpur, Ong akan menerajui semua aspek operasi perniagaan dan aktiviti DHL Express di Malaysia, terutama memimpin pembangunan strategi syarikat di negara ini. 

"Ong mempunyai pengalaman pengurusan yang luas dan telah bekerja di rantau Asia Pasifik selama 17 tahun," kata Naib Presiden Kanan Asia Tenggara, Yasmin Aladad Khan.

Ong menyertai DHL Express pada Oktober 2006 sebagai Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan di pejabat rantau Asia Pasifik dan bertanggungjawab bagi penggabungan dan pengambilalihan, perkongsian dan perancangan di rantau itu.

Christopher Ong, DHL Express

Artikel Lain