suria

Matta Mahu Tawar Lebih Banyak Pilihan Pada Pameran Akan Datang

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) kini dalam rundingan untuk membawa Badan Pelancongan Kebangsaan (NTOs) Myanmar, Uzbezkistan dan Jordan untuk pameran Matta akan datang.

"Kami berhasrat untuk menawarkan lebih banyak pilihan eksotik untuk pengunjung kami. Myanmar telah bersedia sejak beberapa tahun manakala Jordan menunjukkan minat mereka.

"Oleh itu, kami berharap untuk bekerjasama dengan semua NTOs," kata Presiden Matta, Hamzah Rahmat dalam satu temuramah.

"Persatuan turut sedang meninjau lokasi penganjuran Pameran Matta akan datang," katanya.

Mengulas mengenai lokasi penganjuran pameran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) segi kemampuannya, Hamzah berkata, kesediaan ruang merupakan faktor penting dalam memilih lokasi untuk Pameran Matta.

"Kami terpaksa mengurangkan sebanyak 70 petak berikutan kekangan ruang pada masa ini. Kami berharap untuk mendapatkan lokasi yang besar dan mampu untuk mendapatkan lebih banyak pempamer," katanya. 

"Kami turut melihat dari segi memperhebatkan lagi pengalaman buat pengunjung."

Menurut Hamzah, pameran itu yang berlangsung dari Jumaat sehingga Ahad lalu mencatatkan 25,000 pengunjung pada hari pertama diikuti 34,000 pengunjung pada Sabtu.

"Sambutannya sungguh luar biasa walaupun dilanda jerebu," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Jepun kekal menjadi destinasi pilihan nombor satu.

"Pemansuhan visa dan penyusutan nilai Yen menjadikan Jepun sebagai destinasi yang berbaloi," kata Hamzah.

Berdasarkan maklumat oleh Badan Pelancongan Jepun Kebangsaan di pejabatnya di Singapura menunjukkan seramai 176,000 pengunjung Malaysia mengembara ke Jepun pada 2013, mencatatkan peningkatan 35% berbanding tahun sebelumnya.

Jepun turut begitu pantas membarisi Korea Selatan sebagai salah satu destinasi popular di kalangan pengembara beragama Islam, kata penolong pengurus Appel Vacations & Conventions Apple bagi Apple Muslim Holiday, Zulkefli Mohamed Yusoff.

"Pakej musim Sakuran penuh ditempah.

"Untuk pakej pelancongan halal, kami menyediakan pemandu yang boleh bertutur bahasa Melayu dan menyediakan penginapan lima bintang dengan arah kiblat.

Hamzah Rahmat, matta, pameran matta

Artikel Lain