suria

RHB Mahu Jadi Bank Tiga Teratas Di Malaysia?

PETALING JAYA: RHB Capital Bhd memulakan program transformasi dengan matlamat untuk menggerakkkannya berada pada kedudukan tiga teratas bank di Malaysia dan kelapan di Asean menjelang 2017.


Perkara itu didedahkan dalam taklimat analisis baru-baru ini di mana para pegawai RHB Cap menggelarkannya sebagai program “Ignite 2017”.


Menurut analisis itu, rancangan RHB Cap turut mahu menjadi penjana serantau di Asean dan bank bersentrik pelanggan bagi generasi akan datang.


Ia juga mahu menjadi pilihan majikan yang utama.

Antara lain, strategik kebangkitahn RHB Cap menerusi pelan transformasinya termasuk pemerolehan aset serantau dan pengembangan melalui pemerolehan strategik dan perkongsian di kawasan-kawasan sedia ada dan baharu.


Ia juga akan memacu pertumbuhan domestik dan serantau dengan melancarkan model perniagaan yang mementingkan pelanggan dan meningkatkan pengurusan hubungan pelanggan.


Untuk menjadi bank digital akan datang, ia akan membolehkan perbankang tanpa sempadan dan pelbagai saluran dengan menembusi perbankan saluran mudah alih dan dalam talian, media sosial dan tanpa kertas.


RHB Cap berhasrat untuk memaju pertumbuhan perbankan Islam dengan menawarkan produk inovatif dan mempertingkatkan pengedaran model berkenaan.

Bagainabaun, analisis menyatakan bahawa sasarannya untuk disenaraikan pada kedudukan tiga bank teratas di Malaysia begitu mencabar, dari segi saiznya.

RHB Cap yang disenaraikan itu merupakan syarikat kumpulan RHB Bank Bhdm yang pada masa ini merupakan bank keempat terbesar di Malaysia dari segi aset.

“Pada Disember 2013, jumlah aset RHB Cap hanya 34% daripada Malayan Banking Bhd dan 52% CIMB. Asetnya berjumlah 62.5% yang paling hampir dengan pemain dalam industri, Public Bank Bhd. Malah dengan pertumbuhan pembiayaan 12%+, ia tidak merasa begitu mudah untuk mengejar Public Bank dalam tempoh empat tahun akan datang, apabila kita jangka Public Bank akan mengembangkan pinjamanya pada kadar 10% sehingga 12%,” kata penganalisis CIMB Research, Winson Ng.

Ng menambah, penggabungan dan pengambilalihan boleh menjadi satu lagi pilihan untuk RHB Cap, tetapi ia boleh mensia-siakan falsafah untuk menjadi "cerdas" dalam pengurusan dan operasinya.

Beberapa sasaran utama bank itu berhasrat untuk mencapai menjelang 2017 adalah untuk mempunyai pulangan ekuiti (ROE) sebanyak lebih 14%, sumbangan sekali ganda sehingga 10% daripada Singapura, mempunyai 30% dalam sumbangannya di luar negara, pertumbuhan besar dalam perusahaan kecil dan sederhana, dan mempunyai kira-kira perbankan Islam dengan aset 30%.

Ng berkata: "Walaupun kumpulan ini berjaya mencapai pertumbuhan pendapatan lebih baik dari yang dijangkakan, keperluan modal yang lebih ketat di bawah Basel III yang akan menghadkan pembayaran dividen bagi bank-bank, dan oleh itu akan mengehadkan pengembangan RoE."

 

Penganalisis Maybank Investment Bank Research menambah bahawa bank tersebut akan mengekalkan jangkaannya, dengan menunggu antara strategi kumpulan untuk direalisasikan tahun ini.

 

Ng berkata, usaha RHB Cap di Malaysia berada di landasan yang betul dengan memfokuskan model perbankan sentrik pelanggan dan inovatif yang dapat menterjemahkan momentum yang kekal dalam pendapatan pinjaman dan bayaran dalam tempoh yang lebih panjang. 

rhb cap, rhb

Artikel Lain