suria

Maxis Tawar Pelanggan Akses Percuma Kepada Panduan Perkhidmatan Digital

Kugan (kiri) membuat demonstrasi tentang FINDIT. Turut serta, Abraham Foss (kanan).

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd menawarkan pelanggannya akses percuma kepada panduan perkhidmatan digital yang mempunyai 175,000 senarai perniagaan dalam lebih 2,500 kategori.

Ketua Perkhidmatan Digital Maxis, Kugan Thirunavakarasu, berkata tawaran itu dilancarkan menerusi perkongsian dengan FINDIT Malaysia, termasuk akses kepada peta lokasi dan pandu arah, melalui telefon pintar.

"Tiada bayaran dikenakan untuk memuat turun aplikasi itu di samping tiada bayaran data dikenakan bagi menggunakannya," katanya pada majlis FINDIT Media Experiential Event di sini Selasa.

Beliau berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun melalui peranti pintar, laman web, portal protokol alat tanpa wayar bagi Android dan pengguna sistem operasi pintar.

Kugan berkata, 46 peratus pengguna menggunakan peranti pintar sebagai alat pandu arah, kedua paling popular selepas e-mel.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Maxis,  Abraham Foss berkata, FINDIT berperanan sebagai perkakasan penting yang membantu entiti perniagaan untuk lebih terdedah kepada pasaran secara lebih luas, memanfaatkan platform mudah alih popular untuk berhubung dengan pelanggan.

FINDIT Malaysia diupayakan dan diurus secara usaha sama dengan anak syarikat GETIT, GETIT Transnational Private Limited.

GETIT ialah penyedia perkhidmatan carian tempatan India.

maxis, findit, Kugan Thirunavakarasu

Artikel Lain