suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shell Malaysia Iktiraf Prestasi Keselamatan Terbaik

Iain Lo.

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia menganugerahkan kontraktor dan rakan kongsi yang telah menunjukkan prestasi terbaik dalam kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) serta untuk usaha cemerlang meningkatkan kepemimpinan keselamatan pada majlis Anugerah Keselamatan Shell Malaysia yang pertamanya pada 6 Mac lalu.

Anugerah itu bertujuan menggalak dan membina budaya keselamatan yang kukuh dalam industri dengan mengiktiraf dan meraikan prestasi keselamatan yang hebat, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pengerusi Shell Malaysia, Iain Lo berkata, pihaknya berusaha bersunguh-sunguh untuk mencapai matlamat sifat mudarat kepada manusia dan sifar kejadian besar yang tidak diingini.

"Usaha mencapainya adalah satu perjalanan dan kami menamakannya Matlamat Sifar.

"Kami akan terus membaiki sistem dan prosedur kami untuk memastikan setiap orang tahu peranan dan tangggungjawab mereka serta faham bagaimana untuk bekerja secara selamat," katanya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem, yang menyampaikan anugerah terbabit berkata, ia adalah sesuatu yang membanggakan untuk melihat kerjasama erat antara Shell serta kontraktornya dan komitmen untuk keselamatan.

"Saya telah terlibat dalam pelbagai program dianjurkan Shell dan saya percaya mereka telah menunjukkan dengan jelas komitmen untuk menjadi syarikat perniagaan yang selamat dan bertanggungjawab," katanya. 

shell malaysia, iain lo

Artikel Lain