KEBANYAKAN pemandu e-hailing gemar berkongsi cerita dan pengalaman mereka kepada penumpang sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
Ada yang menganggapnya ia sebagai 'modal' untuk berbual bagi mengelakkan rasa bosan dan suasana sunyi.
Namun seorang penumpang wanita mendakwa dia diselubungi rasa takut ketika mendengar perkongsian cerita daripada pemandunya.

Perkhidmatan e-hailing memudahkan urusan masyarakat. -Gambar hiasan
"Naik Grab tadi, dapat pakcik yang tak berhenti cerita dia belasah orang. Siap bagi amaran yang dia jenis 'naik tangan'.
"Dia penampar pekerja pejabat sampai berdarah, cari pelajar yang bagi rating rendah, belasah polis," ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial.
Dia yang trauma dengan cerita pemandu e-hailing terbabit turut terkesima apabila diajukan tentang upah perkhidmatan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya teringat dekat mak” - Pemandu e-hailing buat ‘u-turn’, tak rela biar nenek tua jalan tengah panas... Sanggup minta pelanggan tunggu
ARTIKEL BERKAITAN: Percaya rezeki Allah, kata-kata warga asing ini bikin pemandu e-hailing sebak... Masih mampu ketawa walau 5 bulan majikan tipu gaji
Malah dia diherdik dan didakwa menyusahkan kerana perjalanan sejauh 20 kilometer (km) yang ditempahnya, tidak memberikan sebarang keuntungan.
"Pakcik tu cakap... hantar kamu pun rugi banyak, nak isi minyak lagi. Kemudian dia persoalkan tip.
"Aku yang dengar semua cerita dia ni, rasa takutlah dan dia cakap rugi banyak hantar aku 20km tapi dapat sikit," kongsinya lagi.
Cerita dia tu ibarat ugutan dalam senyap, mungkin bekas pemandu teksi yang jenis bawa orang tak ikut meter.
WARGA MAYA
Susulan rungutan pemandu e-hailing terbabit, wanita ini meluahkan rasa takut untuk meminta duit baki selepas membuat bayaran.
Malah dia juga tidak berani untuk membuat aduan kepada syarikat Grab menerusi aplikasi yang disediakan kerana bimbang alamatnya dikesan seterusnya menjadi mangsa serangan pemandu terbabit.
Tambahan pula, dia tinggal sendirian di rumah sewanya.
Menerusi reaksi balas warga maya, tingkah laku pemandu e-hailing terbabit didakwa cara terbaharu untuk mendapatkan bayaran lebih daripada penumpang.

Warga maya memintanya membuat aduan kepada Grab.
"Bising banyak tapi masih buat Grab. Cerita dia tu ibarat ugutan dalam senyap, mungkin bekas pemandu teksi yang jenis bawa orang tak ikut meter.
"Dia berani dengan perempuan je, cuba kena buku dengan ruas. Silap-silap ajak berhenti tepi jalan pun dah tercabut rahang," demikian reaksi warga maya.
Hantaran yang mengundang pelbagai reaksi warga maya itu, akhirnya mendapat respons daripada laman sosial Grab Malaysia.
"Maaf atas kesulitan yang anda alami.
"Untuk bantu siasat dengan lebih lanjut dan pastikan perkara ini ditangani sebaiknya, boleh kongsikan butiran pemandu seperti booking ID dan nombor plat kenderaan?
"Kami amat hargai kerjasama anda," tulis Grab Malaysia yang prihatin menangani isu berkenaan.
Susulan itu difahamkan pengadu berkenaan segera berkongsi maklumat yang diinginkan kepada Grab untuk tindakan lanjut.


