suria

Lain macam cara doktor ini kerja! Mesej pesakit minta foto 'full body', risau ada kanser payudara

Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan secara bersemuka dengan doktor. -Gambar hiasan

PERKEMBANGAN teknologi dan dunia digital membuatkan pelbagai urusan dapat dilaksanakan secara dalam talian. 

Menerusi satu hantaran, seorang wanita cuba mendapatkan pandangan warganet sama ada pemeriksaan kesihatan dapat dilakukan secara dalam talian atau sebaliknya. 

Pertanyaan itu dibuat selepas dia menerima tawaran pemeriksaan kesihatan berkaitan kanser payudara daripada seorang individu yang mengaku dirinya doktor perubatan. 

Tangkap layar perbualannya dengan individu terbabit.

Tangkap layar perbualannya dengan individu yang mendakwa dirinya seorang doktor.

Malah individu tersebut turut meminta dia dan ahli keluarga menghantar gambar badan untuk dianalisa. 

“Hari tu dekat kumpulan Telegram kelas adik aku, cikgu dia chat mak aku cakap adiknya salah seorang pelajar medik yang akan graduasi. 

“Adik dia minta nak buat pemeriksaan untuk tujuan eksperimen dan minta gambar badan satu keluarga, yang perempuan je,” ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat parcel nipis dan ringan, suri rumah senang ditipu bayar cara DFOD... Peniaga untung rating terus naik

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram mudah ditipu ketika alami cirit birit, senang kerja scammer! - “Saya nak dia pergi jauh, sebelum bau busuk”

Susulan mesej yang diterima, ibunya terus mendapatkan kepastian daripadanya bagi memastikan permintaan itu sahih atau sebaliknya.

Mengakui hairan dengan perkara itu, wanita ini dilhat menghubungi bakal doktor tersebut bagi mendapatkan pengesahan. 

“Dia mesej di Telegram yang semua tahu aplikasi ni mudah digodam. 

Doktor pakar tak buat kerja macam ni, kalau nak hubungi pesakit pun… dia suruh orang bawahan yang buat. 

WARGA MAYA

“Tapi cikgu tu sahkan memang adik dia, jadi aku pun terfikir kalau nak buat pemeriksaan, kenapa tak panggil buat temujanji ke klinik atau hospital,” tambahnya.

Menerusi tangkap layer mesej di Telegram yang dikongsi, bakal doktor itu memperkenalkan dirinya sebagai 'Dr Farhanah' dari bahagian sakit puan.

Bagaimanapun 'Dr Farhanah' berkata dia tidak mempunyai kad khas bagi membuktikan dirinya seorang doktor, sebaliknya akan meminta pihak hospital mengeluarkan satu surat pengesahan.

Dalam pada itu wanita ini turut mendedahkan bahawa 'bakal doktor' tersebut memberi pelbagai alasan apabila diminta berhubung melalui WhatsApp termasuklah gambar yang bakal diterima tidak jelas.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Pertanyaan wanita ini turut mendapat perhatian seorang doktor bertauliah yang kemudiannya menafikan kaedah pemeriksaan secara ‘dalam talian’.

Malah ujar beliau, kanser payudara berada di bawah jabatan pembedahan dan bukan bahagian obstetrik dan ginekologi (O&G). 

Susulan itu, beliau menasihatkan supaya wanita ini meminta nama penuh doktor tersebut dan nombor pendaftaran doktor bertauliah dan berlesen. 

Rata-rata netizen percaya bahawa individu yang mengaku doktor itu adalah scammer dan sering melakukan modus operandi sama.

“Scammer, kelakarlah kanser di bawah sakit puan. Nak menipu patutnya bijaklah sikit. 

“Doktor pakar tak buat kerja macam ni, kalau nak hubungi pesakit pun… dia suruh orang bawahan yang buat. 

“Sebarang maklumat mengenai kesihatan sepatutnya dirahsiakan antara pesakit dan doktor sahaja. Mana ada tiba-tiba approach melalui Telegram pula,” demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain