suria

“Rugi duit mak bapa kau je!” - Wanita pembantu klinik dimalukan rakan sekerja, dihina tiada ‘A’ dalam SPM

Pertanyaan jumlah ‘A’ yang diperoleh ketika SPM adalah perkara biasa buat lepasan sekolah.

HATI siapa tak pedih apabila dimalukan di hadapan orang yang tak dikenali.

Lebih menambah rasa geram, orang yang memalukan kita itu pula sudah dikenali lama.

Itu yang dirasai seorang pembantu tadbir di sebuah klinik apabila dia dimalukan tanpa sebab oleh rakan sekerjanya di hadapan pesakit yang masih belajar.

Dimalukan rakan sekerja boleh menimbulkan rasa tidak selesa di pejabat. -Gambar hiasanDimalukan rakan sekerja boleh menimbulkan rasa tidak selesa di pejabat. -Gambar hiasan

"Aku rasa dimalukan rakan sekerja, dia tanya aku dapat berapa A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

"Apabila aku cakap tiada A tapi lulus dia cakap memalukan depan budak-budak MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tahan marah dimalukan depan rakan pejabat... Bos sama jantina mulut lancang, panggil staf ‘punggung leseh’

ARTIKEL BERKAITAN: Bergurau tarik seluar ketika majlis syarikat, wanita dimalukan rakan sekerja buat laporan polis

Lebih menyakitkan hati kata wanita itu, dia dituduh menghabiskan duit ibu bapanya. 

"Dia kata... buat rugi duit mak bapa kau je kerja penat-penat tapi ka tiada A dalam SPM.

"Dia ulang lagi yang tiada A tu adalah memalukan," katanya.

Jangan malu kalau tiada A dalam SPM tapi malu kalau tiada adab dan akhlak.

NETIZEN

Difahamkan kedua-dua mereka bekerja di klinik dengan jawatan yang sama.

Justeru bagi netizen, tiada apa yang memalukan kerana kedua-dua mereka bekerja ditempat yang sama dengan jawatan setaraf.

"Lain kali jawab macam ni... tiada beza pun akak dengan saya. Sama-sama makan gaji di kedudukan yang sama.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

"Adui mereput cepat la orang-orang yang tak boleh move on dengan kegemilangan zaman sekolah ni.

"Kalau aku tanya balik dia dulu berapa A. Kalau dia cakap 5A baru balas... tiada beza pun dengan yang tiada A, sama je makan gaji.

"Mesti rakan sekerja dia perempuan. Lelaki tiada masa nak tengok masa silam kawan dia.

"Jangan malu kalau tiada A dalam SPM tapi malu kalau tiada adab dan akhlak," kata netizen.

Artikel Lain