suria

Bergurau tarik seluar ketika majlis syarikat, wanita dimalukan rakan sekerja buat laporan polis

Mangsa membuat laporan polis selepas dimalukan rakan sekerjanya. Foto: Freepik.

PADAH bergurau tak kena tempat, seorang lelaki dipenjara selepas dia mencabut seluar rakan sekerjanya sewaktu parti syarikat mereka di Fukuoka, Jepun, baru-baru ini.

Pekerja agensi berusia 36 tahun dari bandar Yame itu telah ditangkap dan didakwa melakukan serangan ke atas seorang wanita berusia 27 tahun, lapor akhbar The Mainichi.

Menerusi parti syarikat mereka yang diadakan di sebuah pub pada 4 Februari lalu, lelaki itu datang dari arah belakang ketika mangsa sedang berdiri untuk mengambil pinggan dan menarik seluarnya sehingga ke bawah paras lutut.

Lebih memalukan, rakan-rakan sekerja yang lain turut mentertawakan mangsa.

Wanita itu yang sedih dan malu terus berlari ke tandas untuk menyorokkan dirinya.

"Walaupun ia adalah pengalaman yang menyedihkan dan memalukan, saya kembali ke tempat duduk saya," kata wanita itu.

Namun, dia kemudiannya membuat laporan polis kerana menganggap perbuatan berkenaan sukar untuk dimaafkan.

Dalam pembelaannya, lelaki itu berkata dia sangat mabuk dan tidak ingat apa yang berlaku pada hari kejadian. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain