suria

Wajah terpampang dalam video, wanita kantoi bakar bendera LGBT ditahan polis

Cando ditahan kerana didakwa membakar bendera LGBT di New York, Isnin lalu.

POLIS New York menahan seorang wanita yang didakwa membakar bendera lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di bandar itu, Isnin lalu.

Pelaku berjaya dijejaki oleh polis selepas wajahnya terpampang dalam sebuah video yang dirakam ketika kejadian tersebut.

Dalam video berkenaan, Angelina Cando, 30, dilihat menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) warna putih ketika dia tiba di sebuah restoran di bandar itu.

Dia keluar dari bahagian penumpang hadapan dan menyalakan bendera yang dikibarkan di hadapan sebuah premis.

Tindakan wanita itu menyebabkan api merebak ke bangunan tersebut, menyebabkan kerosakan bahagian luar, kata polis.

Tambah polis, pelaku yang ditahan akan didakwa atas kesalahan jenayah kebencian. - ABC News.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain