suria

Selamba kejar wanita di festival, lelaki pakai kostum zakar ditahan polis

Lelaki itu ditahan kerana membuat kekacauan di sebuah karnival, Ahad lalu.

SEORANG lelaki yang memakai kostum berbentuk zakar gergasi telah ditahan polis atas kesalahan menganggu wanita di tempat awam.

Lelaki itu ditahan di pusat bandar Rio de Janeiro, Brazil selepas menimbulkan kekacauan di sebuah karnival yang sedang berlangsung pada Ahad lalu.

Pengunjung karnival membuat aduan kepada polis bahawa pelaku telah mengejar wanita yang mengambil bahagian dalam perarakan di bandar itu, lapor media tempatan.

Dalam sekeping foto, lelaki yang memakai kostum zakar setinggi lebih dua meter itu dilihat sedang ditahan oleh seorang anggota polis.

Dia yang hanya memakai selipar dilihat tidak memberikan reaksi ketika penahanan berkenaan.

Menurut laporan, seorang lagi individu yang memakai pakaian seperti banduan turut ditahan oleh pada hujung minggu lalu.

Polis yang membuat rondaan di Santa Luzia, Minas Gerais, menahan seorang lelaki berusia 20 tahun berpakaian seperti banduan ketika dia meninggalkan rumahnya untuk menyertai perarakan tersebut. - Daily Mail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain