suria

Mengaku tak pandai masak cuma helah wanita ‘reject’ lelaki? Kalau betul sayang perempuan sanggup belajar semua resipi

Temu janji merupakan cara untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam. -Gambar hiasan

"NAK jaga suami, jaga perutnya dulu."

Begitulah pesanan yang sering dititipkan masyarakat dahulu kepada golongan wanita masa kini yang bakal mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, seiring peredaran zaman, memasak kini bukan satu keutamaan dalam rumah tangga kerana golongan isteri mempunyai kerjaya dan kekangan masa, yang mana menyumbang kepada ekonomi keluarga dianggap lebih penting.

Kebanyakan wanita pandai memasak selepas berkahwin. -Gambar hiasan

Kebanyakan wanita pandai memasak selepas berkahwin. -Gambar hiasan

Menerusi satu hantaran tular, seorang lelaki berkongsi kisah rakannya yang gagal mendapatkan pasangan disebabkan rata-rata wanita yang ditemui semasa temu janji (blind date) mengakui tidak pandai memasak.

"Member aku setiap minggu pergi blind date, tapi sampai sekarang tak jumpa perempuan reti masak walaupun perempuan jenis kampung, belajar tak tinggi pun.

"Susah nak jumpa perempuan lahir tahun 2000 reti memasak sekarang," luahnya di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Kue teow goreng bertukar hitam legam, wanita trauma nak masak! Ibu tak cakap banyak, cuma suruh maafkan ‘penghantar’

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun ‘honeymoon’, hari-hari suami belikan makanan... Isteri tak pandai masak akhirnya sedar diri, kini pandai buat asam pedas!

Bukan itu sahaja, dia turut menyifatkan wanita alaf baru yang mahir memasak adalah golongan 'rare' atau jarang ditemui.

"Memang rare la perempuan reti memasak sekarang ini," tambahnya.

Kenyataannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga menjadi tular di laman X.

Masak adalah love language perempuan, kalau dia masak untuk kau maksudnya dia sayang kau.

WARGA MAYA

Di ruangan komen balas, ramai yang menyatakan wanita akan mengaku tidak tahu memasak kerana bimbang sajian yang dihidangkan tidak menepati cita rasa lelaki.

"Kalau orang tanya pandai memasak atau tidak, memang auto cakap tak pandai sebab tak mahu nanti tak capai 'expectation' dia dan segan tunjuk kemahiran.

"Rasanya kalau yang pandai masak pun tak mengaku pandai semasa blind date, kalau 'taste' tak sama... nanti kena kecam pula.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

"Biasanya lepas kahwin baru auto nak belajar dan pandai memasak... macam aku dan ramai lagi kawan yang lain," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang menyatakan kebanyakan wanita yang mengaku tidak pandai memasak adalah disebabkan mereka tidak suka kepada lelaki tersebut.

"Kebanyakan perempuan yang cakap dia tak suka masak tu maksudnya dia tak suka kat hang (awak). Kalau dia dah suka, sanggup buka resipi Che Nom ikut satu-persatu.

"Masak adalah love language perempuan, kalau dia masak untuk kau maksudnya dia sayang kau dan sebab itu aku selalu rasa if perempuan ada isu dengan memasak... dia tak cukup sayang lelaki tu," tambah segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain