suria

Lelaki ini mula faham kenapa majikannya tak suka makan di warung... Bukan sebab kaya, ada sesuatu yang lebih ‘mahal’

Selain sajian enak, lokasi makan juga perlu selesa. -Gambar hiasan

LOKASI menjadi faktor penting bagi mereka yang gemar makan di luar terutamanya selepas pulang bekerja, ketika bersama keluarga atau untuk sambutan tertentu.

Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Khairy Malik di akaun Facebook miliknya, dia mengaku berasa hairan dengan individu atau golongan yang bersikap cerewet dalam memilih lokasi makan.

Khairy berkata dia mempunyai tanggapan bahawa mana-mana individu yang menolak untuk makan di warung atau gerai terdiri daripada orang berada.

"Aku ada beberapa kawan yang dulunya aku rasa diaorang ni high maintenance. Hanya sebab mereka tak suka makan kat warung.

"Aku terus fikir diaorang ni anak orang kaya. Orang have-have (ada-ada). Tak boleh makan tepi jalan.

WhatsApp Image 2024-03-25 at 11.24.43

Sesetengah orang tidak makan di warung atau gerai kerana faktor kebersihan. -Gambar hiasan

"Aku ni dibesarkan dari keluarga orang susah. Makan warung je la selalunya. Jarang dapat makan 'fine dining' ni," katanya.

Bertukar ke jabatan baharu, dia berdepan pula dengan majikannya yang tidak segan silu untuk mengaku bahawa dia tidak suka makan di tempat-tempat bising sebaliknya lebih memilih restoran atau kafe yang suasananya jauh lebih tenang berbanding gerai.

"Sudah tentulah, bos aku dah (tahap) consultant, mestilah dia have-have, manalah nak makan di warung-warung ni," ujarnya sekali lagi.

Bagaimanapun, persepsinya mula berubah apabila usia semakin meningkat dan dia baru faham bahawa memilih untuk makan di tempat yang selesa dan tenang tiada kaitan dengan kekayaan sebaliknya lebih kepada faktor umur.

ARTIKEL BERKAITAN:Malam ada, siangnya hilang! Jangan berhenti jika nampak warung di Kuala Pegang

ARTIKEL BERKAITAN:‘Admin’ warung ‘koyak’ dikritik pelanggan, siapa komen negatif diminta jangan datang lagi - “Kami tak layan orang murahan”

Sewaktu lelaki itu pergi ke gerai yang sering dikunjunginya, dia terpaksa berdepan dengan orang-orang tidak beradab yang memotong barisan ketika beratur lantas tersedar bahawa apa yang majikannya katakan sebelum ini, ada betulnya.

"Semalam pergi warung. Memang warung ni sedap tak tipu. Ramai orang. Waktu beratur nak order tu, tak ada queue. Aku beratur lama, tapi ada dua tiga orang potong queue aku dapat order dulu.

"Eh kenapa macam ni? Tak propernya ambil order dia.

"Lepas tu terus 'flashback' apa yang 'consultant' aku cakap. Kalau 'fine dining', 'dinner' di mall, lebih 'proper'. Ya, mana ada potong-potong queue macam ni," katanya.

huh4

Golongan yang berada dikatakan sering memilih tempat makan yang selesa dan tenang. -Gambar hiasan

Dia turut menceritakan tentang suasana di situ yang kotor, bising dan tidak selesa dengan tong sampah yang sudah penuh dengan pinggan, mangkuk dan cawan yang dibuang pelanggan.

"Cari tempat duduk, duduk dekat meja yang dah penuh plastik pinggan mangkuk dan cawan yang tak sempat dibuang oleh pelanggan.

"Tak salahkan pelanggan pun sebab memang tong sampah dah penuh. Aku rasa kalau tong sampah tu kosong, pelanggan yang makan tu mesti reti je nak buang dalam tong sampah," katanya.

Tambahnya lagi, lokasi gerai yang terletak di tepi jalan turut menyumbang kepada keadaan yang kurang senang, dengan kereta yang lalu lalang dan asap rokok yang datang dari meja sebelahnya.

Berdepan situasi itu dia sekali lagi terimbas kata-kata majikannya.

Kini dia telah mengubah perspektifnya terhadap mereka yang mengelak untuk makan di warung mahupun gerai di tepi-tepi jalan.

Mestilah dia have-have, manalah nak makan di warung-warung ni.

Khairy Malik

"Dulu aku rasa orang yang jenis tidak makan di warung ini orang yang high maintenance, yang tidak pernah rasa susah, yang hanya mengada tidak mahu makan di warung. Tapi bila makin meningkat usia, aku sendiri juga perlukan ketenangan.

"Mungkin aku tidak sepatutnya menilai orang yang memilih untuk makan di restoran, terpulanglah mereka mahu makan di mana, mereka mampu, kenapa aku nak dengki," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain