suria

Beli van cash, wakafkan kepada masjid untuk kegunaan masyarakat... Kieda anggap pencapaian terbesar dalam hidup

Kieda membeli sebuah van jenazah untuk diserahkan kepada sebuah masjid di Pulau Pinang.

PENIAGA makanan popular Nur Khalieda Yusra atau Kieda menerima pujian netizen selepas dia mewakafkan sebuah van jenazah untuk kegunaan masyarakat setempat.

Menerusi perkongsian pada Khamis, Kieda berkata van jenazah itu diserahkan sepenuhnya kepada Masjid Al-Marbawi yang terletak di Merbau Kudung, Sungai Dua, Pulau Pinang.

"Alhamdulillah guys, hari ni hari yang Kieda tunggu-tunggukan, penyerahan van jenazah wakaf HQ Kieda Crepe Penang untuk pihak Masjid Al-Marbawi yang mana masjid abah Kieda dikebumikan.

2295531

Kieda merupakan pengusaha HQ Kieda Crepe Penang.

"Alhamdulillah guys di tangan Kieda ada geran. Geran ni bukan atas nama Kieda walaupun Kieda yang beli.

"Kieda serahkan segalanya ni, harta dunia ni untuk Kieda gunakan di akhirat juga, atas nama Masjid Al-Marbawi, Merbau Kudung, Sungai Dua," ujarnya.

Menurut Kieda, dia tidak mengharapkan sebarang pembalasan, namun berdoa agar perjalanan perniagaannya dapat diteruskan dengan penuh keberkatan.

Yang ni pencapaian yang Kieda rasa terbesar dalam hidup Kieda sebab Kieda tak pernah dapat buat benda ni.

NUR KHALIEDA YUSRA

"Semoga dengan pemberian Kieda ni Allah akan boleh ringankan apa dosa-dosa Kieda masa dulu, masa yang akan buat ni.

"InsyaAllah Kieda wakafkan seikhlas hati dan tiada balasan apa Kieda minta, cuma moga Allah berkatilah perjalanan rezeki Kieda dan suami Kieda.

"Juga famili Kieda dan sahabat-sahabat yang mana join sekali dengan HQ Kieda Crepe Penang ni untuk kami terus dapat keredaan Allah," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf kutuk belakang, siap ada ‘group chat’ rahsia... Kieda suruh 12 pekerja angkat kaki - “Aku anggap keluarga tapi dikhianati”

ARTIKEL BERKAITAN: Kieda tunjuk situasi lengang depan kedai, hairan orang tak datang ’support vendor’ - “Semua duduk rumah buat cekodok ke?”

Dalam perkongsian sama, Kieda berkata van jenazah yang dibeli secara tunai itu menjadi satu pencapaian terbesar dalam hidupnya.

Lebih istimewa, Kieda berkata masjid itu merupakan masjid kesukaan arwah bapanya yang baru sahaja meninggal dunia pada Julai.

"Yang ni pencapaian yang Kieda rasa terbesar dalam hidup Kieda sebab Kieda tak pernah dapat buat benda ni.

"Dan Alhamdulillah hari ni Allah izinkan Kieda untuk dapat wakafkan sebiji van cash kepada pihak masjid. Masjid yang arwah abah sayang pula tu. Alhamdulillah," katanya lagi.

2142894

Perniagaan Kieda raih sambutan hangat di seluruh Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan tahniah atas pencapaian Kieda meskipun namanya kerap dihimpit kontroversi sebelum ini.

Malah, netizen juga berharap apa yang dilakukan Kieda dapat menjadi contoh buat peniaga tempatan yang lain untuk terus berbakti kepada masyarakat.

"Alhamdulillah syukur dengan izinnya. Tahniah Kieda.

"Antara niat saya juga bila nanti diberikan rezeki lebih macam Kieda. Alhamdulilah tahniah Kieda.

"Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan setiap urusan Kieda sekeluarga dunia akhirat," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain