suria

Pekerja asing tergesa-gesa isi minyak, tanya tak jawab tiba-tiba lesap! Rupanya nak solat awal, siap bersihkan dulu surau

Seorang guru berkongsi mengenai pekerja warga Bangladesh di stesen minyak.

DALAM kehidupan seharian, kita ada kalanya akan berdepan dengan insiden yang tidak disangka-sangka.

Dengan siapa pun kita berjumpa atau dipertemukan dalam hidup ini, sudah tentu ada sebabnya.

Seorang guru berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang pekerja warga asing di stesen minyak.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis.

"Hari tu saya baru balik program dari Negeri Sembilan. Saya singgah stesen minyak kejap sebab minyak kereta nak habis. Dah azan Maghrib masa tu," tulisnya di Facebook.

Seorang pekerja asing membantu mengisi minyak kereta. -Gambar hiasan / Azman Ghani/The Star

Mohamad Yusof Sulehin berkata, seorang pekerja asing warga Bangladesh telah membantu mengisi minyak keretanya sebaik dia tiba di stesen.

Bagaimanapun, reaksi tergesa-gesa yang ditunjukkan pekerja itu ketika mengisi minyak kereta mencetuskan tanda-tanya.

"Mamat Bangla jaga pam minyak tu, punyalah tergesa-gesa dia isi minyak kereta saya. Nak kejar apa entah.

"Saya tanya kenapa nak cepat-cepat ni? Dia buat endah tak endah je. Mungkin dia tak faham apa saya cakap kot," kata guru itu yang merupakan penerima Anugerah Kebangsaan Ikon Warden Asrama Harian Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2021.

Seorang pekerja warga Bangladesh sedang menunaikan solat. -Gambar FB Muhammad Yusof

Sebaik azan Maghrib berkumandang, kelibat pekerja warga Bangladesh itu lenyap.

"Baru azan Maghrib ni, saya fikir. Saya singgah kejap kedai beli air. Lepas tu saya terus ke surau," katanya.

'Kehilangan' pekerja asing itu akhirnya terjawab apabila guru itu melihatnya di hadapan surau.

Mamat Bangla ini mengajar kita tentang sesibuk mana pun kita, cubalah untuk jaga solat di awal waktu.

MOHAMAD YUSOF SULEHIN

Malah, sikapnya yang ditonjolkan ketika itu sememangnya di luar jangkaan.

"Bila nampak saya, dia bagi saya ambil wuduk dulu sambil dia sapu sampah kat luar surau.

"Punyalah saya tertanya kenapalah dia tergesa-gesa nak cepat, rupanya dia nak kejar solat di awal waktu. Allahuakbar," ujarnya.

Perkongsian Mohamad Yusof di Facebook.

Menerusi hantarannya di Facebook Muhammad Yusof, guru berkenaan memuji pekerja warga Bangladesh itu yang tetap menjaga solat meskipun sibuk dengan tugas seharian.

"Di saat ada di antara kita yang waktu Maghrib bantai tidur atau tengah syok tengok drama (atau macam saya tadi sempat lagi pergi ke kedai cari barang), mamat Bangla ini mengajar kita tentang sesibuk mana pun kita, cubalah untuk jaga solat di awal waktu.

"Benda yang nampak macam mudah atas kertas tapi agak susah sebenarnya nak laksanakan. Tapi itulah, mamat Bangla ni dah tunjuk contoh kat kita. Tinggal kita je nak ikut ataupun tidak, kan?" katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain