suria

Suami buat perangai zaman ‘single’, nak keluar malam tinggal anak isteri tak sihat... Lepas bergaduh besar baru nak beralah

Disebabkan ingin menghadiri makan malam bersama rakan, pasangan suami isteri ini bergaduh besar.

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.

Begitulah hakikatnya apabila bercerita mengenai isu rumah tangga kerana krisis pasti boleh berlaku pada bila-bila masa.

Seperti seorang wanita yang juga suri rumah ini, dia dan suaminya bergaduh hanya disebabkan isu makan malam bersama rakan.

Insiden tersebut terjadi semasa dia baru sahaja dua bulan melahirkan anak.

Pasangan suami isteri perlu sentiasa bertoleransi dan saling memahami. -Gambar hiasan Shustterstock

Pada masa tersebut, suaminya meminta izin untuk keluar makan bersama rakan-rakan.

"Masa anak saya umur dua bulan, suami berkeras nak keluar pergi makan-makan. Saya pun tak bagi suami pergi sebab anak masih kecil, saya penat seharian jaga anak.

"Tambahan pula anak kami high demand baby, susah untuk ditidurkan walaupun dah melakukan teknik yang dikongsikan.

"Saya pun kurang sihat pada masa itu, baru habis pantang dan tenaga dalaman masih belum pulih sepenuhnya," ujarnya yang kemudian dikongsikan laman Twitter @TwtWedding.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih gadai nyawa daripada bertengkar! Suami nekad terjun dari kereta sewa selepas insiden gaduh dengan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ugut talak, mentua pula asyik label anak derhaka... Wanita stres kena ‘mental torture’, 14 tahun wajib ikut balik raya di Kedah

Disebabkan dia tidak membenarkan si suami keluar, maka berlaku pergaduhan besar pada malam tersebut.

Pun begitu, dia menzahirkan rasa syukur kerana suaminya tidak keluar malam walaupun setelah bergaduh.

"Saya bernasib baik jika nak dibandingkan dengan orang lain, pasangan saya masih beralah," luahnya lagi.

Berkongsi lanjut, dia mengakui pada masa ini suaminya 'dibenarkan' untuk keluar sama ada pergi makan malam mahupun sebarang program yang diingini.

Pasangan memang tak boleh penting diri dan perlu toleransi apabila anak atau isteri mahupun suami sakit.

WARGA MAYA

Namun, dia menetapkan syarat supaya ia dilakukan sekiranya anak mereka berada dalam keadaan sihat.

Iyalah, katanya apabila ada anak, banyak perkara yang perlu dikorbankan.

"Terutama sekali apabila melibatkan kesihatan anak dan pasangan. Bukan selamanya berkorban, sampai satu masa nanti kita boleh resume benda yang diminati sebab (anak) dah makin besar dan senang dijaga.

"Itu memang harga yang perlu dibayar apabila dah jadi ibu bapa," jelasnya lagi.

Reaksi warga maya berhubung pendedahan wanita terbabit.

Reaksi warga maya berhubung pendedahan wanita terbabit.

Bukan itu saja, wanita ini turut menasihati pasangan yang bakal berkahwin dan mereka yang belum memiliki cahaya mata supaya berfikir sedalamnya sama ada sanggup berkorban demi membesarkan anak atau sebaliknya.

Baginya, anak adalah amanah yang perlu dijaga bersama-sama bukan sebelah pihak.

Pun begitu, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana hubungannya dengan suami menjadi semakin utuh serta saling memahami selepas pergaduhan besar tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan wanita terbabit kerana anak merupakan tanggungjawab kedua-dua pihak bukan sebaliknya.

"Betul! Ia memerlukan tanggungjawab, jangan anggap kehidupan sama macam masa bujang yang boleh buat suka hati. Selepas kahwin dan ada anak kena hormat pasangan serta utamakan keluarga.

"Dalam situasi apa sekalipun, kalau anak atau isteri atau suami sakit, pasangan tak boleh penting diri nak keluar bersuka ria. Common sense kalau ada ahli keluarga yang sakit.

"Sokong sangat dengan wanita ni, pasangan memang tak boleh penting diri dan perlu toleransi apabila anak atau isteri mahupun suami sakit. Tahan diri tu kalau nak bersuka ria pun," luah beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain