suria

Suami ugut talak, mentua pula asyik label anak derhaka... Wanita stres kena ‘mental torture’, 14 tahun wajib ikut balik raya di Kedah

Suami isteri seharusnya bertolak-ansur dalam membuat keputusan. -Gambar hiasan

SETIAP ibu bapa sudah tentu menginginkan anak-anak mereka untuk pulang ke pangkuan keluarga bagi menyambut Syawal.

Namun begitu, buat pasangan suami isteri yang kedua-duanya masih mempunyai ibu bapa, topik balik kampung harus dibincangkan dengan teliti agar dapat berlaku adil.

Namun bagi seorang wanita, dia berdepan kemelut apabila dipaksa oleh suami untuk beraya bersama keluarga mentuanya selama 14 tahun berturut-turut.

Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, wanita itu mendakwa dia diugut bakal jatuh talak sekiranya mengingkari permintaan untuk pulang ke kampung halaman suaminya.

Ciapan asal di laman Twitter.

"Tolong saya, tentang isu balik raya je pun. Suami saya kata kalau saya berkeras nak balik rumah mak untuk raya pertama, akan jatuh talak.

"Untuk pengetahuan, dah 14 tahun saya kahwin, tak pernah raya pertama dengan family saya. Padahal family saya di Kuala Lumpur je, kami duduk di Ampang.

"Apa salahnya kali ni singgah raya sekejap rumah mak saya, lepas tu balik ke kampung dia (suami) di Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sakit kanser sedia untuk ‘pergi’, suami asyik hilang tengah malam! Luluh dapat tahu penyondol itu adik kandung sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘hembus’ doa elak isteri terliur tengok lelaki kacak ada ‘jawline’, risau hubungan jarak jauh... Ambil iktibar kes artis curang

"Saya teringin sangat nak beraya dengan family saya," kata wanita itu kecewa.

Namun begitu, ternyata masalah yang lebih besar ada pada ibu mentuanya yang kerap meletakkan tekanan pada suaminya untuk pulang ke kampung di Kedah.

"Mak mentua saya kata, kalau anak-anak dia raya pertama tak balik kampung, mereka dikira sebagai anak derhaka.

Pada saya biarlah jatuh talak pun, suami boleh diganti, mak hanya seorang yang tiada gantinya.

WARGA MAYA

"Saya sedih yang tak terkira ni. Saya cakap dekat suami, kali ni je untuk Raya Aidilfitri nak balik rumah mak saya.

"Raya Haji nanti boleh balik Kedah saya okay. Tapi suami tetap berkeras. Saya rindu suasana raya dengan family saya," kata wanita itu menutup luahan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memberi nasihat untuk membantu wanita itu mengharungi pertelingkahan bersama suaminya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Ibu mertua pun tak ada belas ihsan. Kita mestilah tahu menantu kita ada family juga. Selalunya orang buat giliran. Lagi satu, sebagai seorang mak, tak boleh main-main cakap anak derhaka.

"Dah 14 tahun dia bersabar. Selfish sangat tu. Sekarang dah terlambat. Mereka yang masih fasa bercinta, sebelum kahwin tu, tanya siap-siap balik raya macam mana.

"Bergilir atau rumah mak awak je setiap tahun. Aku yang dah cerai ni pun anak-anak boleh bergilir turn raya rumah ibu atau ayah.

"Pada saya biarlah jatuh talak pun, suami boleh diganti, mak hanya seorang yang tiada gantinya," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain