suria

Selit teks doa dalam kitab, minta ibu baca hari-hari... Marbitter syukur boleh ’survive’ jadi YouTuber kampung

Hidup Mar banyak berubah selepas dia pulang ke kampung untuk hidup bersama ibunya.

KETIKA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun 2020, Marham Mohd Yusof memilih untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu buat selama-lamanya.

Meninggalkan segala memori selama 12 tahun di Kuala Lumpur, dia yang senang disapa Mar memilih untuk hidup dalam keadaan penuh sederhana bersama ibunya, Asia Ngah, yang kini berusia 77 tahun.

Tidak pulang dengan tangan kosong, Mar, 34, sebaliknya membawa satu impian untuk menghasilkan saluran YouTube berkonsepkan tradisional dan desa bersama ibunya.

Mar tinggalkan ibu kota demi bergelar YouTuber di kampung bersama ibunya.

Mar tinggalkan ibu kota demi bergelar YouTuber di kampung bersama ibunya.

Idea-idea kreatif yang dicurahkan oleh Mar menerusi setiap video membolehkan dia meraih peminat tersendiri dalam tempoh singkat sehingga turut mendapat liputan mStar pada Mei 2021.

Bercakap tentang perkembangan diri pada tahun 2023, Mar yang turut dikenali sebagai Marbitter mengakui hidupnya banyak berubah selepas dia ditemubual mStar ketika permulaan kerjanya sebagai content creator.

"Dulu masa mStar interview, saya nothing. Tapi hidup saya dah berubah 360 darjah. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Sebab tu saya gamble tinggalkan kerjaya di Kuala Lumpur dan balik ke kampung.

Saya buat satu teks doa, selit dalam kitab mak... saya minta mak baca setiap hari lepas solat.

MARHAM MOHD YUSOF

"Sudah tentu saya berdepan cabaran pada awalnya. Saya minta dengan Allah setiap hari. Saya juga buat satu teks doa, saya selit dalam kitab mak. Saya minta mak baca setiap hari lepas solat.

"Alhamdulillah, Allah makbulkan banyak impian saya. Video-video saya diterima ramai. Saya juga menerima tawaran untuk kolaborasi termasuklah dengan jenama antarabangsa seperti McDonald's dan Yakult," ujarnya.

Tidak hanya fokus di YouTube yang mempunyai 60,000 subscribers, Mar juga bijak mencuri peluang dengan meneroka platform baharu sehingga dia meraih lebih setengah juta pengikut di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama merantau, lelaki ini pulang ke kampung semata-mata nak jadi YouTuber... jangan terkejut kerana pasangannya berusia 75 tahun!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak putus asa...graduan UiTM jadikan pengalaman lalu 'modal' bergelar content creator - “Terfikir cara penuhi tanggungjawab jaga ibu”

Selain populariti serta tawaran kerjasama daripada pelbagai jenama, Mar berkata dia sangat terharu apabila diberi peluang untuk mengikuti misi kemanusiaan di Syria bersama agensi bukan kerajaan (NGO) MyFundAction pada awal tahun ini.

"Saya dah lama simpan hasrat nak pergi misi kemanusiaan. Terdetik di hati, Alhamdulillah Allah makbulkan. MyFundAction ajak saya untuk terlibat pergi ke sana bersama pasukan mereka. Di sana, kami salurkan bantuan dan turut memasak gotong-royong untuk golongan asnaf.

Ramai netizen 'cair' melihat cara Mar yang memberikan layanan terbaik buat ibunya.

Ramai netizen 'cair' melihat cara Mar yang memberikan layanan terbaik buat ibunya.

"Ketika di sana, saya sedari bahawa kita di Malaysia merupakan tanah limpahan makanan. Manakala rakyat di sana makan ubi kentang rebus je. Mereka susah nak jumpa sumber protein. Ikan dianggap sebagai makanan mewah. Di sana saya dapat belajar erti syukur dan belajar hargai tanah air sendiri.

"Walaupun saya duduk rumah kampung je di Terengganu, tapi masih selesa. Mereka lagi daif. Paling sedih, sejurus saya balik Malaysia, banyak tempat di sana runtuh akibat gempa bumi. Bila ingat balik, saya agak terkesan dengan kejadian itu," ujarnya lagi.

Mengenai sambutan raya kali ini, Mar berkata dia sedang merancang untuk menganjurkan majlis rumah terbuka untuk kenalan, sanak-saudara dan para pelanggannya.

Mar ketika mengikuti misi kemanusiaan di Syria.

Mar ketika mengikuti misi kemanusiaan di Syria.

"Raya macam biasa, ringkas je kami sekeluarga. Cuma tahun ini lebih istimewa sebab saya nak buat open house yang lebih besar berbanding tahun lalu.

"Tahun ni nak jemput semua keluarga belah ayah, mak, kawan sekolah serta client. Saya rancang untuk buat outdoor. Mungkin di perkarangan rumah atau di pantai.

"Apa-apapun, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua peminat. Bergembiralah di hari raya, enjoy dan luangkan masa dengan keluarga dan kawan. Jangan ada rasa sedih.

Mar aktif menghasilkan video berkonsepkan tradisional yang memaparkan gaya hidup kampung.

Mar aktif menghasilkan video berkonsepkan tradisional yang memaparkan gaya hidup kampung.

"Terima kasih juga buat peminat yang sentiasa memberikan sokongan bermula saya kosong sehinggalah hari ini. Tanpa anda, saya bukan sesiapa," ujarnya lagi.

Akhir bicara, Mar turut menzahirkan harapan agar video-video masakan tradisional serta kehidupan kampung bersama ibunya akan terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain