suria

Panik busana raya tiba-tiba hilang, gadis pasrah selendang terbentang cantik atas meja... Mak memang kreatif, mujur tak kena rendang

Selendang Natty dijadikan sebagai alas meja oleh ibunya.

SETIAP kali tibanya Syawal, pelbagai fesyen yang digayakan oleh kaum wanita ibarat pentas peragaan.

Begitulah juga dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Natty pada lebaran kali ini, memilih untuk menggayakan baju kurung Pahang yang dibeli bersama sehelai selendang.

Namun, siapa sangka berlaku kejadian melucukan apabila selendangnya dijadikan sebagai alas meja oleh ibunya yang mesra disapa Cik Eton secara tidak sengaja.

natty2

Busana yang digayakan oleh Netty ketika meraikan lebaran.

"Baju tu saya pakai masa raya pertama. Mak menetap di Melaka, raya ketiga baru dia datang rumah saya di Meru, Klang. Mak tak nampak lagi saya pakai baju tu.

"Selendang tu saya letak dekat sofa. Saya bangun pagi, tengok selendang dah tak ada. Rupanya ada kat meja. Saya tanya mak, kenapa letak kat meja. Dia ingatkan tu alas meja.

"Masa cakap dengan mak tu, kami tergelak je. Mak pun tak sangka kain tu sebenarnya selendang saya," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Saya bangun pagi, tengok selendang dah tak ada. Rupanya ada kat meja.

NATTY

Walaupun sekadar salah faham, Natty tetap membiarkan selendang miliknya itu menghiasi meja di kediamannya selama beberapa hari.

"Saya biarkan je selendang tu kat meja selama beberapa hari sebab macam cantik selepas mak letak kat situ.

"Nasib baik saya dah pakai dulu masa raya pertama. Kalau belum pakai lagi, mungkin terbayang-bayang yang meja tu dah 'pakai' dulu sebelum saya," ujarnya secara berseloroh.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga tengok rakyat negara jiran sambut raya pakai baju Melayu siap bertanjak... Netizen kata orang Malaysia suka kurta dan jubah

ARTIKEL BERKAITAN: Aunty Purple bertukar kuning! Video transisi tukar baju raya guna kucing buat ramai kagum, terlebih kreatif!

Menurut Natty lagi, baju serta selendang itu dijual satu set pada harga RM399, namun dia berjaya mendapatkannya pada harga diskaun iaitu RM170.

Video kejadian lucu yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok itu dihujani pelbagai komen netizen.

"Muat elok pula tu dekat meja.

"Kalau dia letak rendang semua lagi haru.

natty3

Natty bersama ibunya Cik Eton.

"Stylo la alas meja tahun ni," tulis beberapa netizen.

Mengulas mengenai perkara itu, Natty meluahkan rasa terkejut apabila video tersebut meraih hampir sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

"Dalam masa sehari dah hampir 400,000 tontonan. Saya tak sangka video tu viral. Komen semua okey je, ada yang kongsi pengalaman sama.

"Mak-mak mereka pun jenis kreatif. Apa ada depan mata, mesti mereka pakai balik. Semua komen sporting dan terhibur," ujar Natty lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain