suria

Pandu Honda boleh parkir ‘makan’ separuh jalan, auto jadi VVIP depan rumah sendiri... Ramai bengang perangai jiran penting diri

Laluan terhalang gara-gara sikap individu yang mementingkan diri.

PELIK tapi benar, tapi inilah realitinya apabila masih ada lagi individu yang bersikap mentaliti kelas ketiga pada tahun 2023.

Hidup di kawasan perumahan, namun ada antara mereka memilih untuk bersikap pentingkan diri apabila meletakkan kenderaan sesuka hati di hadapan rumah.

Mana tidaknya, sebahagian jalan yang mempunyai dua lorong kini terhalang dek perbuatan seorang pemilik sebuah kereta Honda.

Menerusi satu foto yang dimuat naik di media sosial sehingga tular, kereta berkenaan diletakkan dalam keadaan menegak di hadapan pintu pagar.

Tong sampah di luar rumah jiran turut menjadi perhatian.

Tindakannya bukan sahaja menghalang laluan salah satu lorong, malah ia boleh membahayakan pengguna lain yang melalui kawasan itu.

Tidak didedahkan lokasi dan tarikh kejadian, ia dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan teres satu tingkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bina garaj cantik-cantik atas laluan awam, buat macam harta sendiri! Ikutkan emosi ramai nak pergi gesel - "Jenis macam ni tak boleh duduk taman"

ARTIKEL BERKAITAN: Kerusi 'naik' bumbung, Myvi tersekat tak boleh keluar! King of the road 'tewas' kepada peniaga restoran bolot parkir

Perkongsian foto tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen, dengan rata-ratanya menyifatkan pemilik kenderaan mahupun penghuni kediaman terbabit bersikap mementingkan diri sendiri.

"Dekat separuh jalan dia 'makan'.

"Banyak je perangai macam ni. Nak landed house (rumah atas tanah), tapi perangai hodoh.

Nak landed house (rumah atas tanah), tapi perangai hodoh.

NETIZEN

"Ada porch (anjung), dia ubah suai buat bilik, buat taman. Lepas tu parking atas jalan.

"Dia terbawa-bawa perangai duduk flat. Sampai dah mampu duduk rumah landed pun perangai tak ubah," komen netizen yang menganggap keadaan seumpama itu sering berlaku di perumahan flat.

Antara komen netizen.

Selain itu, imej empat tong sampah yang diletakkan secara tersusun di luar pintu pagar rumah jiran kepada pemilik kereta berkenaan turut menjadi perhatian ramai.

"Banyak sampah rumah situ ye.... sampai empat tong sampah satu rumah.

"Ni kira kat kawasan dia memang terpaling jiran-jiran respek. Kalau tong sampah pun di tempat yang tak betul, kira tahap dia lagi teruk daripada tong-tong tu." jelas netizen lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan ini tidak sepatutnya diamalkan kerana ia mengganggu ketenteraman awam dan membahayakan pengguna jalan raya.

Malah, ia juga boleh menjejaskan keharmonian dalam kehidupan berjiran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain