suria

Perjudian cinta yang sia-sia, wanita ini dikongkong sejak tingkatan enam.. Asyik jadi ‘mesin ATM’ teman lelaki tak sedar diri

Wanita ini meluahkan perasaannya di TikTok.

GARA-GARA cinta, kebenaran yang terzahir sejak sekian lama umpama dipandang sebelah mata.

Risau andai kehilangan orang yang tersayang, seseorang itu boleh membiarkan dirinya diberi layanan buruk dan diambil kesempatan.

Begitulah kisahnya untuk wanita ini yang memberikan peluang berkali-kali kepada teman lelakinya, namun sering disia-siakan.

Luahan wanita ini di laman TikTok.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita menceritakan bagaimana hidupnya dikongkong oleh teman lelaki.

Episod bermula dengan dia meminta pandangan untuk menyambung pengajian ke tingkatan 6 tetapi dihalang oleh teman lelakinya dengan alasan pelajaran akan mengganggu perancangan mereka untuk berkahwin.

"Awak saya dapat tawaran belajar tingkatan 6," kata wanita itu memberitahu berita gembira berkenaan kepada teman lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Buat baik tak semestinya dibalas baik, mungkin orang lebih naik lemak! People pleaser akhirnya toksik diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Sama-sama janji nak jadi cikgu, wanita tak sangka ex BF kerja kedai runcit! Sempat rakam video ketika terserempak

"Siapa suruh sambung study, macam mana nak kahwin?" balas si lelaki.

Selain itu, ketika memberitahu teman lelakinya yang dia mendapat peluang pekerjaan, reaksi teman lelakinya bertukar gembira.

"Yeay, kita boleh kahwin cepat," kata teman lelakinya ringkas.

Walaupun begitu, teman lelakinya sepertinya mengambil ringan pula apabila wanita berkenaan mengajak untuk berbincang secara serius mengenai perkahwinan mereka menerusi perjumpaan bersama ibu bapanya

Teman lelaki macam ni memang sah akan jadi buaya hidup bila jadi suami nanti.

NETIZEN

"Saya tak ada saving langsung, kita nikah tak ada pelamin apa-apa boleh?" ujar teman lelakinya bersahaja.

Seterusnya teman lelaki wanita ini juga kerap berprasangka buruk apabila mesej perbualan tidak dibalas.

"Kenapa tak boleh chat sekarang, cakap je la nak borak dengan jantan lain," kata lelaki itu menuduh teman wanitanya sembarangan.

Seterusnya melalui perkongsian video itu lagi, wanita tersebut juga didakwa diambil kesempatan oleh teman lelakinya yang meminta dia untuk membayar wang muka pembelian motosikal.

Wanita ini mengatakan dia dieksploit oleh teman lelakinya.

"Terima kasih sayang sebab tolong bayarkan dulu duit muka motosikal, alang-alang tu boleh tolong bayarkan sekali tak lesen dengan roadtax sekali? Nanti saya bayarkan balik," ujar teman lelakinya meminta.

Perkara bertambah berat untuk wanita ini apabila teman lelakinya menyuruhnya untuk mengabaikan keluarga ketika dia memberitahu mahu mengikuti percutian hujung minggu.

"Tak payah, cakap dekat papa dan mama tak nak ikut," arah teman lelakinya.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Situasi mencecah ke kemuncaknya apabila wanita itu mendapat tahu teman lelakinya bermain kayu tiga.

"Awak dekat mana, lama menghilang," tanya Fie kepada teman lelakinya tentang keberadaannya.

Pada ketika itu, wanita berkenaan sudah menerima tangkap layar daripada seseorang bahawa teman lelakinya sedang bermandi-manda di kolam renang bersama seorang wanita dari tempat kerja.

Soal perkawhinan diambil ringan oleh teman lelaki wanita ini.

"Dekat rumah je, nak tidur kejap mengantuk," kata lelaki berkenaan yang jelas menipu.

Tidak tahan lagi dengan sikap teman lelakinya, wanita itu meminta untuk diakhiri hubungan mereka tetapi malangnya teman lelakinya menyalahkannya semula.

"Maaf, saya dah tak boleh teruskan hubungan ni," ujarnya meminta diputuskan hubungan.

"Kenapa macam ni selepas semua yang saya dah korbankan untuk awak?" kata teman lelakinya tanpa rasa bersalah.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa lucu dengan sikap lelaki tersebut yang dianggap tidak sedar diri.

"Apa yang dia korbankan ya? Sakit perut aku baca.

"Lebih baik tinggalkan daripada jadikan teman lelaki macam ni sebagai suami.

"Teman lelaki macam ni memang sah akan jadi biawak hidup bila jadi suami nanti," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain