suria

“Bukan untuk kau angkut seluruh isi rumah ke kedai!” - Lelaki ini ajar cara manfaat Menu Rahmah, siap buat kira-kira cara jimat

Inisiatif Menu Rahmah adalah untuk membantu golongan B40 dan mereka yang bekerja makan gaji. Foto: The Star/ Faihan Ghani

SEPERTI yang ramai sedia maklum, baru-baru ini kerajaan memperkenalkan 'Menu Rahmah', iaitu inisiatif yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah.

Sejak diperkenalkan pada bulan lalu, Menu Rahmah mendapat sambutan baik di seluruh negara dengan ramai pengusaha makanan menyahut aspirasi kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan B40.

Untuk makluman, Menu Rahmah adalah hidangan tengah hari atau malam yang mana ia merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan, dan satu pilihan sayur-sayuran.

Dalam pada ramai yang memuji inisiatif berkenaan, wujud juga segelintir pihak mempertikaikan harga makanan yang ditawarkan.

RAHMAH 3

Pandangan yang dilontarkan oleh seorang lelaki bagi mengulas kritikan sesetengah pihak mengenai Menu Rahmah.

Menurut mereka, inisiatif berkenaan sebenarnya tidak membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah memandangkan golongan berkenaan perlu berbelanja lebih untuk membeli Menu Rahmah buat setiap isi rumah.

Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial tampil dengan pandangan rasional bagi menjelaskan situasi dibangkitkan sesetengah individu yang mempertikaikan inisiatif ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Murah sampai pelanggan takut! Peniaga warung jual makanan harga tak masuk akal, kesian dekat pelajar maahad

ARTIKEL BERKAITAN: “Salah kira kot ni” - Ramai terkejut Puchong ada nasi campur murah! Makan bertiga, lauk ‘meriah’ tak sampai RM15

"Menu Rahmah itu dimanfaatkan oleh orang yang bekerja atau berada di luar rumah. Kalau sebelum ini dia makan sekali RM8, kini dah dapat jimat RM3.

"Kalau 25 hari kerja pun, dah jimat RM75. Dengan RM75 itu, dia boleh menambah belanja barang dapur di rumah, (contohnya) ayam dua ekor, sardin dua tin dan beras lima kilogram.

RAHMAH 2

Antara individu yang mengkritik Menu Rahmah.

"Menu Rahmah bukannya untuk kau angkut seluruh isi rumah ke kedai, daripada moyang ke cicit, sampai lapan orang. Kemudian merungut kena bayar RM40 sekali makan.

"Kalau dah tahu lapan orang, masaklah di rumah, RM30 pun cukup sekali makan," tulis pengguna sosial berkenaan.

Dalam masa yang sama dia turut menasihati masyarakat supaya berfikiran lebih jauh mengenai impak serta kebaikan inisiatif berkenaan dan bukan sewenang-wenangnya menghambur rasa tidak puas hati.

Dia nak harga turun macam zaman 60an dulu. Sebolehnya nak makan sepinggan ada ayam RM2 supaya boleh bawa anak beranak.

NETIZEN

"Sesekali gunalah isi (otak) dalam tempurung kepala di atas itu dengan betul, jangan sampai berlumut hijau," sindirnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan pandangan lelaki berkenaan sambil menambah, kebanyakan individu yang merungut adalah golongan yang tidak pandai bersyukur.

"Menu Rahmah membantu bagi yang kurang berkemampuan, bukan yang malas memasak.

RAHMAH 1

Sebahagian komen netizen yang senada dengan pandangan lelaki berkenaan mengenai Menu Rahmah.

"Orang yang mempertikaikan tu faham atau pura-pura tak faham? Sebab apabila hati dah kotor, benda baik pun akan nampak jelik.

"Benda bagus asyik nak kutuk saja kerjanya.

"Dia nak harga turun macam zaman 60an dulu. Sebolehnya nak makan sepinggan ada ayam RM2 supaya boleh bawa anak beranak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain