suria

Terpijak beras bertaburan depan rumah, peniaga makanan nyaris pitam.... Hampir diserang anxiety risau terkena buatan orang!

Yana (gambar kecil) terkejut menyedari taburan beras misteri di depan rumahnya pada Jumaat.

RASA macam nak pitam!

Demikian kata Yana Ismail, 35, yang tular gara-gara video penemuan beras yang bertaburan di hadapan kediamannya di Sepang, Selangor, pada Jumaat lalu.

Yana yang juga pengusaha produk makanan memuat naik rakaman video itu ke TikTok sehingga ramai netizen memberi cadangan agar dia bertemu pengamal perubatan Islam.

yana 04

Yana bersama suami dan dua anaknya.

Ketika dihubungi mStar, Yana mengakui timbul rasa bimbang apabila menyedari kejadian tersebut, tambahan pula dia merupakan penghidap anxiety.

"Ketika hari kejadian, kurier datang nak ambil parcel depan rumah saya. Ketika kelam-kabut nak ke pagar, saya terpijak beras sebab tak pakai kasut. Saya tengok bawah, penuh beras depan rumah saya. Bukan setempat, tapi berterabur.

"Mula-mula saya fikir mungkin suami tumpahkan beras. Tapi dia tiada di rumah sejak pagi. Saya pun tak ada beli beras. Sebelum kurier datang pun, saya ada nampak orang datang depan rumah dan berlalu pergi.

"Kepala otak terus fikir negatif. Saya ni orang berniaga. Apabila jadi macam tu, sudah tentu kita akan terfikir bukan-bukan.

Ramai orang di TikTok cuba membantu. Ramai juga yang risau sekiranya ada orang nak cuba tutup perniagaan saya.

YANA ISMAIL

"Risau sangat sebab saya ada anxiety. Rasa nak pitam, nak jatuh kat situ. Saya fikir orang datang campak. Saya pun buntu tak tahu nak buat apa. Saya tanya diri sendiri tapi tak dapat jawapan. Jadi saya capai telefon dan buat video untuk tanya followers," ujarnya.

Menurut pengasas produk Bilis Menangis itu, dia bagaimanapun mendapat jawapan sebenar selepas suaminya yang dikenali sebagai Abang Ton, 52, pulang ke rumah pada petang hari kejadian.

Tambah Yana, Abang Ton memaklumkan dia sendiri yang menabur beras itu sebagai makanan untuk burung yang tiba-tiba memenuhi kawasan kediaman mereka pada pagi hari kejadian.

"Petang tu suami balik. Dia tak sempat masuk rumah, terus saya keluar. Soalan pertama saya, you ada tumpahkan beras dekat pagar ke?

ARTIKEL BERKAITAN: ”Tak sangka dia ada hati sebegini” - Peniaga dapat ‘surat berpaku’ dari Alor Setar, percaya kenalan rapat punya kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Sushi baru buat 3 jam dah berulat! Peniaga nekad bisnes macam biasa, enggan tahu siapa hantar sihir

"Apabila dia angguk, terus saya rasa lega. Syukur Alhamdulillah. Rupa-rupanya suami tabur beras untuk bagi makan burung," ujarnya berseloroh.

Yana juga bersyukur kerana ramai netizen tampil berkongsi pelbagai nasihat serta petua di TikTok sebelum dia berjaya merungkai kejadian misteri itu.

"Sebelum suami balik dan sepanjang tak dapat jawapan mengenai kejadian tu, ramai orang di TikTok cuba membantu. Ramai juga yang risau sekiranya ada orang nak cuba tutup perniagaan saya.

yana 02

Yana berkongsi video kejadian itu menerusi TikTok.

"Tak sangka ramai yang ambil berat, mereka tahu kewujudan saya dalam TikTok. Mereka maklumkan kepada saya, apa yang perlu dibuat, kena baca surah itu ini dan sebagainya.

"Saya memang berterima kasih kepada mereka semua atas segala komen yang membantu. Semoga Allah membalas kebaikan mereka semua," ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Tambah Yana, dia juga menolak tanggapan negatif sekiranya ada yang menganggap video itu sebagai content untuk media sosial semata-mata.

Kalau ada yang anggap itu content, mungkin mereka tak pernah kena. Saya sendiri pun tak pernah kena. Kita pun tak percaya sebab zaman dah moden.

yaha 05

Yana sudah dua tahun mengusahakan bisnes Bilis Menangis.

"Tapi apabila tiba-tiba berlaku depan rumah, kita sebagai manusia biasa mesti terfikir bukan-bukan. Dan satu lagi, saya tak ada masa nak reka content, tak ada hasil pun," ujarnya.

Mengenai dirinya, Yana sudah dua tahun mengusahakan perniagaan Bilis Menangis yang diinspirasikan daripada makanan kegemaran suaminya, Abang Ton yang juga lelaki berbangsa Serani.

Sehingga hari ini, produk makanan Yana bukan sahaja terjual di pasaran Malaysia, malah turut dihantar buat pelanggan di London, China, Belanda, Makkah dan banyak lagi.

Yana yang memiliki lebih 40,000 pengikut TikTok sering menjadi perhatian kerana kerap berkongsi kisah kehidupan dia sekeluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!