suria

Mula-mula rapat dada, kemudian tangan menjalar ke paha... Gadis cosplay cerita insiden diganggu lelaki nak bergambar

Lelaki berkenaan dilihat berulang kali memohon maaf kepada mangsa.

KETERUJAAN seorang peminat anime yang memakai kostum atau cosplay bertukar mimpi ngeri apabila dia mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, seorang gadis mendakwa diganggu lelaki bangsa asing ketika menghadiri satu majlis cosplay di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, pada hujung minggu.

Kejadian dipercayai berlaku ketika lelaki itu mahu bergambar dengan gadis berkenaan.

Menerusi video berdurasi 55 saat itu, kelihatan seorang lagi rakan mereka memeluk mangsa yang dikatakan trauma akibat insiden berkenaan.

Turut kelihatan adalah si pelaku yang kedengaran berulang kali meminta maaf.

"Jika awak hendak mengambil gambar dengannya, jangan sentuh dia. Mereka cosplayer, mereka juga adalah manusia," kata rakan mangsa yang lain kepada lelaki berkenaan.

gadis cosplay kena raba 3

Seorang lelaki cuba memohon maaf kepada mangsa.

Video yang dimuat naik di laman TikTok itu bagaimanapun sudah dipadamkan pihak penyedia platform berkenaan.

Susulan kekecohan itu, mangsa yang dipercayai gadis bawah umur tampil menjelaskan tentang situasi yang berlaku menerusi satu kenyataan bertulis.

Kenyataan itu dikongsikan semula rakannya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah lecturer minta isi borang survey seks, kemudian ajak onani... rupanya dah 'buat kerja' dari 2011

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut 'I love you' jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

"Ketika itu saya bersama kawan-kawan, saya sedar ada seorang lelaki merenung saya. Kemudian saya hanya tersenyum sinis. Dia selepas itu bertanya untuk mengambil gambar bersama.

"Saya okay dengan permintaannya. Bagaimanapun, dia mula merangkul pinggang dan merapatkan dada saya pada dadanya.

"Saya tak boleh elak sebab dia pegang pinggang saya agak kuat dan I just go la. Tapi dia masih tengok saya, memang menakutkan cara dia pandang," kata gadis itu menerusi kenyataan yang dikongsikan di TikTok.

gadis cosplay kena raba 1

Penjelasan berhubung kejadian.

Menurut mangsa lagi, lelaki berkenaan kemudian memanggilnya semula untuk bergambar untuk kali kedua.

"Tapi kali ini saya jarakkan dengan dia. Saya terkejut apabila dia mula menyentuh dan picit paha saya.

"Apabila saya nak beredar, tiba-tiba dia minta nombor telefon. Saya katakan tidak kerana takut," ujarnya.

Saya terkejut apabila dia mula menyentuh dan picit paha saya.

GADIS COSPLAY

Dia kemudian memberitahu seorang rakannya mengenai perkara yang berlaku sebelum lelaki tersebut dimarahi sebagaimana dalam video yang tular.

Tambahnya lagi, lelaki yang berusia lingkungan antara 20 dan 30an itu mendekatinya dengan memohon maaf apabila dia mula menangis.

gadis cosplay kena raba 2

Mangsa menangis dengan kejadian yang menimpanya.

Namun alasan yang diberikan kerana tidak fasih berbahasa Inggeris adalah tidak masuk akal.

"Alasan dia tak pandai bahasa Inggeris. Tapi di mana common sense, nak hormat perempuan memang kena reti bahasa Inggeris dulu ke?

"Dan dia panggil saya baby. Kawan-kawan lelaki saya pun tak pernah panggil baby atau baby girl walaupun kami rapat," ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan rata-ratanya menyarankan supaya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sebagai peringatan, perbuatan mencabul dan gangguan seksual bukan sahaja salah daripada segi undang-undang malah haram dalam Islam dan semua pihak harus menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain