suria

Tak senang duduk nampak foto tandas di Kelantan kotor berlumut, wanita ugut pengguna FB - “Suami aku polis, boleh kesan mu”

Seorang pemilik Facebook menerima mesej ugutan selepas berkongsi foto keadaan tandas awam di Kelantan.

SEGALANYA kelihatan serba daif.

Mungkin itulah perkataan terbaik untuk menggambarkan suasana tidak selesa yang dihadapi pengguna setiap kali mereka menggunakan perkhidmatan Stesen Bas Lembah Sireh di Kota Bharu, Kelantan.

Bukan sekali, malah sudah acap kali rungutan pengguna tentang terminal bas sementara itu tular di media sosial sehingga ia mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhammad turut berkongsi dua keping foto, memaparkan suasana dalam tandas di stesen bas itu yang kotor dan tidak terurus.

327753055_5813337972068931_2075105158215552269_n

Terminal bas sementara di Kota Bharu yang pernah tular sebelum ini. -Foto Facebook.

"Tandas stesen bas Kota Bharu. 50 sen per entry," tulisnya ringkas pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun sehari selepas perkongsian itu dibuat, pemilik Facebook itu mendedahkan dia menerima mesej ugutan daripada seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan posting berkenaan.

"Kena maki dan ugut. Apa la, macam-macam," tulisnya ringkas sambil berkongsi beberapa tangkap layar mesej ugutan yang diterima menerusi Facebook Messenger.

Dalam tangkap layar itu, seorang wanita memberi amaran kepadanya agar tidak menularkan isu stesen bas berkenaan yang dianggap sebagai satu aib buat negeri Kelantan.

Tulisan bersepah menandakan level kemampuan akal dia... block sahaja tuan.

NETIZEN

"Apa masalah kau! Aku viral kau nak? Perlu ke nak viral tandas stesen bas Tesco (Kota Bharu)?

"Puas hati cakap depan. Tak payah viral. Macam tandas rumah kau bersih sangat. Alah tandas Pasar Siti Khadijah lagi kotor. Tak ada pula kau nak viral.

"Marilah (jumpa depan). Takut tu. Manusia ni reti viral. Kalau kau Islam, tak akan (buka) aib orang," tulis individu itu.

Dalam satu lagi tangkap layar yang tular, wanita berkenaan mendakwa dia merupakan penjawat awam, manakala suaminya bekerja sebagai anggota polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualiti

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mat Kelantan terjun lori PAS alih papan tanda, risau ambulans tak boleh lalu... ramai puji pemuda parti lambang bulan

"Aku kerja kerajaan, tak ada perangai macam kau ni. Suami aku polis. Boleh kesan mu ni. Nak viral kau ni," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar wanita itu kerana bersikap biadab terhadap pemilik Facebook berkenaan.

"Suami polis ya. Minta nombor badan. Meh (mari) kita report kat ketua balai mahupun ketua polis. Salah guna kuasa.

"Tulis pun macam orang tak sekolah, Kalau suami kau polis, so what? Lesen maki orang ke?

tanas2

Sebahagian mesej yang dihantar wanita itu.

"Tulisan bersepah menandakan level kemampuan akal dia. Block sahaja tuan," tulis beberapa netizen.

Dalam satu lagi posting berlainan, Muhammad mendedahkan wanita itu telah memohon maaf selepas tangkap layar mesej terdahulu tular di Facebook.

"Tak apalah awak. Maaflah pasal kasar tadi. Assalamualaikum. Ni saya mesej awak lagi, viral pula kan?" ujar wanita itu.

Menurut Muhammad lagi, dia menyimpan tangkap layar mesej wanita itu sebagai bukti dan bersedia membuat laporan polis jika keadaan memaksa.

"Sekadar letak sini. Sebagai bagi hint, ugutan dia, gambar dia, saya screenshot dah. Kalau ada keperluan dan masa, saya repot polis la.

"Marah sungguh kat saya. Panjang lagi mesej dia. Saya tunjuk sebahagian saja," jelasnya di ruangan komen.

Sebagai peringatan, sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain