suria

Suami jenis suka skandal, isteri bertahan sebab anggap lubuk pahala! Akhirnya menjanda juga ‘tewas’ kepada wanita muda

Wanita ini kongsi kisah dia dan suami bercerai angkara orang ketiga.

SETIAP pertemuan pastinya berakhir dengan perpisahan.

Namun, perpisahan yang berlaku dalam hidup wanita ini cukup memberikan impak mendalam buat dirinya.

Episod hitam pelayar TikTok bernama Ain ini bermula apabila diceraikan oleh suaminya pada 5 Oktober tahun lalu.

Walaupun sudah melayari bahtera perkahwinan lebih 10 tahun, dia terpaksa akur dengan keputusan suami untuk bercerai, didakwa angkara orang ketiga.

"Diceraikan empat hari sebelum birthday kerana orang ketiga. 10 tahun saya bersusah payah dengan dia. Tak pernah tinggalkan dia.

Ain di sebuah mahkamah yang tidak dinyatakan lokasi.

"Kalau dia rasa susah, saya dulu yang rasa. Setelah setahun dinaikkan pangkat, mula nak bernafas dengan lega.

"Dia pilih untuk ceraikan saya sebab hati dia dah 'dihuni' perempuan lain. Perempuan yang jauh lebih muda," dakwanya.

Kata Ain, suaminya mengabaikan tanggungjawabnya sekitar dua bulan tanpa mempedulikan kebajikan isteri dan anak-anak sebelum dia akhirnya diceraikan.

Tambah Ain lagi, sebelum perkahwinannya 'diusik' orang ketiga, si suami merupakan seorang bapa penyayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali solo selepas cerai umur 19 tahun, gadis tak kesal kahwin muda cuma trauma dengan lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Bercerai selepas cekal jaga suami koma lebih 90 hari, wanita reda... mahu mulakan hidup baharu- “Harap Abi lebih sihat dan baik dijaga keluarga”

"Dua bulan dia keluar dari rumah tinggalkan saya dan anak-anak terkontang-kanting sendirian.

"Tak peduli saya yang hilang arah dtinggalkan tiba-tiba macam tu. Akhirnya saya bawa anak-anak pindah kampung.

"Dia pernah jadi suami dan ayah penyayang satu masa dulu. Cepatnya hati seorang lelaki boleh berubah bila sudah diusik perempuan lain," luah hati wanita ini.

Demi anak-anak tercinta, wanita ini terpaksa berpura-pura kelihatan kuat dengan menyembunyikan perasaannya yang hancur.

Dia sendiri mengaku dia mata keranjang orangnya cuma saya tanamkan harapan percaya dia akan berubah dan anggap dia 'lubuk pahala'.

AIN

"Anak-anak kecil lagi. Apalah dosa anak-anak yang baik ni untuk terima semua ujian macam ni sekali. Syurga mereka hancur sebab orang lain.

"InsyaAllah tak dapat syurga dunia mungkin syurga kita dekat akhirat nanti. Mak (panggilan anak-anak) akan teruskan kuat jadi bidadari anda semua. Mak tak akan tinggalkan anak-anak mak," ujarnya.

Hantaran yang dibuat di TikTok itu meraih perhatian netizen dengan mendapat 2.4 juta tontonan.

Pelbagai spekulasi timbul apabila video yang dikongsi menunjukkan situasi ketika dia berada di sebuah mahkamah untuk proses penceraian namun tidak dinyatakan lokasi.

Ada yang meneka keretakan rumah tangganya berpunca daripada sihir.

Penjelasan Ain di TikTok mengenai suaminya.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh wanita ini menerusi sebuah video baharu dimuat naik bagi menjelaskan sikap sebenar suaminya.

"Sebab ramai yang tanya macam ni (soalan sama). Saya dah lama bersabar. Bekas suami memang suka ada skandal dari awal perkahwinan.

"Dia sendiri mengaku dia mata keranjang orangnya cuma saya tanamkan harapan percaya dia akan berubah dan anggap dia lubuk pahala.

"Saya pilih untuk bertahan sampai dia tinggalkan saya. Ramai-ramai doakan dia berubah dan jadi versi lebih baik ya sebab sekarang dia sedang menerima kifarahnya. Saya tak akan balik pada dia lagi," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain