suria

[V] Bapa kanak-kanak ‘diratah’ buaya cerita kisah sebelum kejadian... Rupanya dua beranak ketakutan, cuba larikan diri

Edy bersama Morehan, bapa kepada mangsa serangan buaya di Sabah baru-baru ini.

RASA pedih akibat kehilangan anak tersayang di depan pastinya sukar digambarkan dengan kata-kata.

Begitulah situasi yang dilalui oleh seorang bapa di Lahad Datu, Sabah apabila anaknya dibaham buaya ketika mereka sedang berkayak di sebuah tasik.

Lelaki yang dikenali sebagai Morehan cuba bergelut dengan haiwan reptilia itu untuk menyelamatkan anaknya tetapi kudratnya tidak setara pemangsa tersebut.

Morehan yang cedera parah dengan luka gigitan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Simpati dengan nasib bapa berkenaan, aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy, 26, melawat Morehan sejurus kepulangannya dari hospital.

"Mula-mula nak pergi ke Lahad Datu untuk lawat pakcik Morehan. Dari rumah saya di Kota Kinabalu agak jauh juga kalau naik kereta, dalam 10 jam perjalanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba selamatkan tapi tak berdaya! Tragis bapa cuma mampu lihat anak ‘diratah’ buaya, perakam macam tak rasa simpati

ARTIKEL BERKAITAN: Buaya gergasi baham budak umur 8 tahun, jasad mangsa ditemui dalam perut

"Selalunya akan naik flight kalau nak ke sana. Kebetulan ada orang beritahu pakcik Morehan baru balik ke rumah dia di Kota Kinabalu, jadi saya terus pergi lawat.

"Daripada riak muka dia memang nampak dia masih lagi terkesan dan trauma. Saya tak banyak tanya dia tentang kejadian tu kerana tahu ia sensitif," cerita Edy ketika dihubungi mStar.

Menurut Edy, berdasarkan apa yang didengarinya daripada penduduk tempatan, ketika kejadian, Morehan dan anaknya sedang menaiki bot kecil apabila mereka dihampiri pengawal di tempat itu.

Pakcik tahu anak pakcik itu sedang tunggu pakcik di pintu Syurga.

MOREHAN

"Waktu mereka tengah berkayak itu kebetulan penjaga tempat itu buat rondaan. Mereka jadi takut sebab mereka orang laut yang tak ada dokumen pengenalan diri.

"Apabila tengah kelam-kabut mereka terjun dalam tasik untuk cuba larikan diri. Waktu dalam air itu yang buaya datang sambar anak dia," cerita Edy.

Edy seterusnya memaklumkan operasi pencarian jasad anak Morehan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu masih diteruskan.

sabah 2

Edy memberikan pelukan kepada Morehan ketika melawatnya.

Ketika ditanyakan reaksi dan perasaan Morehan ketika itu, Edy memberitahu dia hanya pasrah dan reda.

"Dia sudah berusaha untuk selamatkan anak dia tetapi tak berdaya. Kalau tengok badannya pun ada luka-luka dalam dan kecederaan digigit buaya.

"Semuanya sudah berjahit. Dia sudah berjuang," ujar Edy.

Sehingga kini Morehan masih berharap agar jasad anaknya ditemui agar proses pengebumian dapat dijalankan dengan sempurna.

Detik serangan buaya yang sempat dirakam sebuah dron.

"Dia cakap terima kasih sebab sudi lawat dan bantu dia. Tetapi dia cuma minta doakan supaya jasad anaknya ditemui.

"Dia cakap dia tak boleh tidur malam sebab dia nak sangat lihat jasad anaknya ada depan mata dia. Itu sahaja yang dia minta.

"Pakcik Morehan berhasrat nak semadikan jasad anaknya di kampung mereka di Semporna," kata Edy.

Edy memaklumkan dia ada memberikan bantuan kewangan dan bersedia untuk membantu dari aspek lain jika diperlukan.

Luka gigitan buaya yang dialami Morehan selepas bergelut dengan reptilia tersebut.

"Saya bagi dia kata-kata semangat walaupun saya tahu itu tak akan ubah apa-apa. Saya juga ada hulurkan sedikit wang tunai untuk bantu ringankan apa yang boleh.

"Saya cakap dekat dia lepas ni kalau ada nak buat rawatan susulan dekat hospital Kota Kinabalu, beritahu sahaja saya sebab saya akan tolong.

"Kita kena ingat yang pakcik Morehan tidak ada dokumen pengenalan diri, jadi segala bentuk kos rawatan di hospital memang melambung harganya. Sebab itu saya kena tolong," kata Edy.

Tambah Edy dia begitu tersentuh dengan kata-kata Morehan bahawa anaknya sedang menunggunya di pintu syurga.

Edy menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada Morehan.

"Saya paling terkesan apabila pakcik Morehan cakap dia reda dengan semua yang berlaku dan dia yakin anaknya sedang menunggu di pintu syurga.

"Saya memang kagum, pakcik ini kuat semangat. Dia orang yang terpilih untuk hadapi ujian ini," katanya.

Harapan yang disimpan Edy ialah untuk melihat Morehan sembuh dan tabah menghadapi ujian yang berat ini.

"Tatkala jumpa pakcik Morehan memang rasa sedih. Tak dapat bayangkan perasaan kehilangan anak dalam keadaan macam itu.

Morehan menunjukkan lukanya yang sudah berjahit kepada Edy.

"Saya harap semoga dia terus kuat dan hadapi peristiwa ini dengan tenang," ujar Edy.

Ketika ditanyakan apa yang mendorong Edy untuk terus membuat kebaikan, pemuda itu memberitahu dia cuma mahu menjadi inspirasi kepada orang ramai.

"Saya rasa gembira untuk bantu orang susah sebab orang di sekeliling kita pun ramai yang memerlukan.

"Saya mahu jadi inspirasi kepada orang lain dan mengajak semua sama-sama untuk membuat kebaikan tak kisah la kecil atau besar.

"Saya rasa terharu apabila ramai yang mesej beritahu mereka mula berbuat kebaikan apabila nampak saya bantu orang," kata Edy berpuas hati.

Dalam kejadian pada 1 Disember lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hilang dilarikan buaya selepas diserang reptilia berkenaan di lokasi kejadian berhampiran Pangkalan Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain