suria

Ke hulu ke hilir, duit banyak habis demi bantuan one-off... pelajar B40 kecewa permohonan ditolak sebab ‘sign mencurigakan’

Seorang pelajar terkilan permohonan bantuan ditolak oleh LZS. Gambar hiasan

SEBAGAIMANA diketahui umum, agensi zakat berperanan sebagai badan yang menyalurkan bantuan kepada golongan yang berhak.

Pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada golongan asnaf fakir dan miskin.

Ini kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah utama yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan.

Namun dalam satu perkongsian di Facebook, seorang pelajar meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana tidak diberikan bantuan meskipun mendakwa dirinya adalah penerima yang layak.

"Aku student di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Bapa aku berpendapatan RM1,500 sebulan. Jadi baru-baru ni Lembaga Zakat Selangor ada buka permohonan one-off untuk anak Selangor.

posting zakat

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelajar berkenaan di Facebook.

"Aku memohon sajalah. Ke hulu dan ke hilir pergi kedai untuk print document, keluar modal. Jumpa ketua kampung untuk tandatangan pemastautin di kawasan aku tinggal.

"Untuk pengesahan belajar, aku pakai emel je dengan supervisor merangkap pensyarah aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu dalam sejuta! Isteri tak kerja, tukang repair alat elektronik dengan 3 anak mohon henti bayaran zakat... alasannya hidup dah stabil

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah bantu saya” - Asnaf mohon batal nama penerima zakat lebih awal, jangka pendapatan stabil September

"Jadi beliau pun sudi untuk tandatangan. Sebelum tu aku dah tanya dengan pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi telefon. Katanya boleh pakai digital signature dan lain-lain," kongsinya.

Namun selepas bersusah-payah menyediakan dokumen yang diminta, alangkah kecewanya apabila keputusan permohonannya ditolak.

"Aku pun isi borang maklum balas. Katanya surat pengesahan belajar tak sah sebab cop dan tanda tangan macam tampal dan mencurigakan," luahnya kecewa.

Menurut pelajar berkenaan, dia kecewa kerana alasan penolakan tersebut seolah-olah dia menipu berkaitan pengesahan pelajar.

Sadis dan sedih bila berlaku macam ni. Kesian dah susah payah ke sana ke mari, akhirnya jawapan mengecewakan.

NETIZEN

"Aku rasa aku tak perlu nak tanya supervisor cum pensyarah aku, beliau pakai aplikasi apa untuk cop dan tanda tangan, dan perkara tu pun tuan empunya badan yang buat, bukannya aku menipu," luahnya lagi.

Apa yang dikesalkan, dakwa pelajar berkenaan, aduannya tidak diambil perhatian sedangkan perkara tersebut bukan kesilapan di pihaknya.

"Sepatutnya tugas LZS untuk buat semakan sendiri, bukannya menilai secara cincai dan sangka buruk.

"Bila aku maklumkan dekat online front desk LZS, ada saja pusing itu dan ini. Walhal kecuaian sendiri tak mahu diperbetulkan.

"Patutlah ramai yang lebih suka bayar terus kepada asnaf, sebab mereka lebih yakin zakat tu akan sampai kepada yang berhak.

"Aku rasa bukan aku seorang saja yang ada pengalaman buruk dengan LZS," luahnya.

komen zakat

Antara komen netizen pada perkongsian pelajar berkenaan.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi senada daripada rata-rata netizen yang turut sependapat dengannya.

"Zaman 70an hingga 90an perlu fotokopi dan cop. Zaman sekarang generasi Z berteknologi IT. Rasanya cukuplah dengan adanya pengesahan dari IPTA dan IPTS.

"Sadis dan sedih bila berlaku macam ni. Kesian dah susah payah ke sana ke mari, akhirnya jawapan mengecewakan.

"Memang betul. Bantuan yang nak diberi proses permohonan tak semudah seperti yang difikirkan," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain