suria

Graduan gred rendah pun mampu beli kereta Honda, anggap CGPA tak penting... Lelaki tegur mentaliti pelajar IPT, ‘pointer’ penentu gaji!

Pelajar diminta tidak terpedaya dengan ayat 'scam' bagi mengelakkan masa depan yang gelap. Foto: 123rf.com

ORANG yang belajar sekolah tak habis pun mampu berjaya.

Frasa ini sering diungkapkan bagi membuktikan bahawa kecemerlangan akademik bukanlah indikasi sebenar untuk seseorang berjaya dalam kehidupan.

Ada benarnya apa yang diperkatakan, namun bukankah perjalanan untuk menggapai impian itu lebih mudah sekiranya kita dilengkapi dengan ilmu dan pendidikan?

Di Twitter, seorang individu dikenali sebagai Zac Zakirin turut mengulas isu mengenai Purata Nilai Gred Kumulati (CGPA) sehingga ia mengundang perhatian ramai.

A total of 3,932 graduands were conferred their diploma, bachelor’s degree, master’s degree and doctorates. To date, UNITEN has successfully produced a total of 37,124 graduates since its inception in 1997.

Sesetengah syarikat memandang CGPA untuk mengambil pekerja. (Gambar Hiasan)

"CGPA tak penting sangat pun... Inilah ayat paling scam dekat universiti. Sebab ada motivasi toksik sebegini, ramai kawan kecundang dan struggle untuk dapat kerja masa keluar universiti.

"CGPA itu penting, sebab CGPA ni act as a ticket for you to go for interview with big company. Kalau CGPA rendah, memang kau akan dapat company biasa-biasa dan dibayar pun rendah.

"Jadi selain daripada salahkan kerajaan sebab tak tetapkan gaji minima, salahkan diri juga sebab main masa universiti. Majoriti company nak minima CGPA 3.00 and above," ujarnya.

Menurut Zac, kemahiran lain juga turut berguna untuk 'menjual' diri ketika temuduga kerja, namun banyak syarikat menawarkan tangga gaji berbeza mengikut CGPA seseorang individu.

Kena pula graduate zaman sekarang, yang CGPA 3.50 pun struggle nak cari kerja... inikan pula yang lebih rendah.

ZAC ZAKIRIN

"Once dapat interview, dekat sini baru bergunanya soft skills tu. Nak share sikit starting salary for big company macam sektor Oil and Gas, Energy, Big 4, Banking, consulting, IT etc, average RM3,000 hingga RM4,200.

"Manakala student yang bawah CGPA 3.00 ni, average akan start bawah RM2,000. Unless, kau memang mantap technical skills macam boleh jadi Fullstack Developer tu, CGPA kau 1.8 pun orang bayar kau above average untuk starter. Time ni boleh la nak sembang CGPA tak penting sangat pun," ujarnya lagi.

Dalam perkongsian itu, Zac turut memberi peringatan kepada golongan pelajar agar tidak terpedaya dengan ayat berkenaan dan meminta mereka untuk berusaha sebaiknya untuk diri sendiri.

"Janganlah percaya ayat scam tu kalau tak nak struggle dalam permulaan hidup. Lepas tu ada juga nak kata, tak apa, ini kan ujian. Kita terima sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun cari kerja, pergi banyak temuduga... satu pun tak berjaya! Anak Selangor di Sarawak harap ada sinar di hujung jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Jurutera tak lupa pengalaman interview, beria-ia suruh datang awal akhirnya penemuduga langsung tak hormat masa orang lain - “Nanti parking penuh kat masjid”

"At first aku setuju, memang ujian. Tapi ujian lebih besar bila awalnya itu kau malas berusaha untuk put yourself to be a better person," tambahnya.

Menurut Zac, dia tidak menolak kebenaran bahawa mereka yang lulus dengan CGPA rendah juga mampu menggapai impian, namun menasihati mereka agar tidak memandang enteng soal tersebut.

"Ada juga yang dah keluar daripada struggle sebab CGPA rendah dan dia being positif kata Alhamdulillah, lepas susah senang 10 tahun, boleh pakai juga Honda sekarang ni, boleh beli Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (Rumawip).

"Hah, baguslah ada kesedaran within 10 years, boleh pakai Honda. Cuba kalau ada kesedaran itu awal lagi, boleh jadi dah pakai Mercedes dan beli eco-Setia. Again, selain daripada hebat soft skills pandai sembang, jangan ambil mudah pasal CGPA.

file7heks3vvonl1j8reieaw

Pelajar diminta berusaha keras demi menggapai CGPA yang cemerlang di universiti. (Gambar Hiasan)

"Sebab CGPA rendah sangat ni mostly kena judge as pemalas. Tak masuk kelas, tak hantar atau lambat hantar assignment, tak buat quiz, tak pergi tutorial, tak study.

"Semua perangai ni memang menyumbang pada CGPA. Tak payah nak bohong, sebab I was there too masa first semester degree. Kena pula graduate zaman sekarang, yang CGPA 3.50 pun struggle nak cari kerja, inikan pula yang lebih rendah. Think about your future guys," ujarnya lagi.

Nasihat dan perkongsian itu ternyata meraih perhatian ramai sehingga ia menerima lebih 11,200 ulang kicau (retweet).

Beberapa netizen turut berkongsi pendapat mengenai isu sama dan meminta golongan pelajar agar berusaha keras demi mencapai CGPA yang tinggi.

file7m4lc5ubf805j1ya1yf

CGPA bukan segalanya, namun ia membuka banyak peluang untuk para graduan. (Gambar Hiasan)

"Pernah screen seorang candidate ni (fresh grad) CGPA tak cukup 3.0. Lepas tu inform la tak boleh hire sebab requirement 3.0 eh tiba kena marah dengan candidate cakap "kenapa nak kena pandang CGPA sedangkan ramai je CGPA tinggi tak perform" terus I reply, ni syarikat multinasional (MNC) company dik bukan company biasa.

"Company aku kerja sekarang ni dulu tak ada letak pun minima CGPA untuk panggilan interview kerja. Tapi disebabkan terlalu banyak permohonan dan persaingan salah satu cara untuk tapisan CV yang banyak tu ialah minima CGPA 3.0 ke atas.

"Pointer penting untuk fresh grad. Once dah kerja beberapa tahun company lain time interview tak tengok pun CGPA.

"Saya sentiasa beritahu pelajar saya, gred bukan segalanya tetapi gred memberi anda banyak peluang.

"Untuk sesetengah company. Gaji dibayar mengikut CGPA," tulis beberapa pelayar Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain