suria

Tawar gaji ‘ciput’ tapi tak setanding beban kerja! Graduan ini pakat dengan encik tunang buka bisnes tudung

Nurul memilih untuk melakukan bisnes tudung.

SETIAP individu pastinya mengidamkan kerjaya yang stabil di samping gaji lumayan selepas menamatkan pengajian.

Namun adakalanya ia sukar diperoleh kerana keadaan ekonomi masa kini yang tidak menentu malahan kebanyakan syarikat mensyaratkan pengalaman bekerja sebelum mengambil pekerja.

Maka tidak hairanlah apabila ramai graduan yang menganggur walaupun mempunyai keputusan cemerlang di institusi pengajian tinggi.

Berhadapan dengan situasi sama, Nurul Syazwani Kamal mengakui dia sukar mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji berpatutan dan setara dengan akademiknya.

Menurut anak gadis berusia 22 tahun itu, dia pernah bekerja di sebuah syarikat yang menjanjikan gaji sekitar RM3,000 sebulan namun kecewa apabila hanya mendapat separuh daripada tawaran awal.

“Kadangkala tu kita apply di beberapa aplikasi pekerjaan yang mengiklankan gaji RM2,000 hingga RM3,000. Tetapi lepas temuduga dan dapat tawaran kerja, gaji yang diberikan adalah RM1,500 tetapi job scope besar.

“Syarikat pada masa itu menyatakan bahawa saya akan dapat kenaikan lepas tempoh probation tamat, tetapi sehingga ke akhirnya tak dapat.

“Selama pengalaman saya bekerja, itulah yang dihadapi. Lepas probation kata ada kenaikan seperti ditawarkan, tapi tak dapat. Mahu atau tidak, saya kena tunggu sebab nak kerja.

Nurul gemar melakukan marketing.

Nurul gemar melakukan marketing.

“Saya anggap ia sebagai pengalaman untuk lebih berjaya pada masa depan,” ujarnya yang kemudian memilih untuk melepaskan jawatan tersebut.

Bercerita lanjut, ujar anak kelahiran Puncak Alam di Selangor itu lagi, selepas membuat keputusan secara drastik dia terpaksa menganggur untuk beberapa bulan.

“Saya dah dapat beberapa tawaran kerja, tapi saya tolak. Memandangkan saya minat pada bahagian marketing dan ada pengalaman kira-kira tiga tahun dalam bidang tersebut, saya menolaknya kerana gaji yang diberikan.

“Gaji yang diberi adalah sama dengan gaji semasa saya bekerja di sebuah syarikat takaful pada tahun 2020.

“Setiap orang pasti berpindah syarikat sebab nak peluang pekerjaan dan gaji yang lebih berbaloi. Sekarang pun barang dah naik, tapi gaji tak naik-naik. Kalau fresh graduate atau tiada pengalaman dapat gaji permulaan rendah saya boleh faham.

ARTIKEL BERKAITAN:

ARTIKEL BERKAITAN:

“Kalau ada pengalaman tapi gaji adalah sama dengan kadar dua tahun lepas, bagi saya... perlu cari peluang lebih baik,” luahnya graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu lagi.

Tambahnya, disebabkan situasi yang dialami itu, dia mengambil keputusan untuk memulakan bisnes tudung.

Saya minat pada bahagian marketing dan ada pengalaman kira-kira tiga tahun dalam bidang tersebut, saya menolaknya kerana gaji yang diberikan.

NURUL SYAZWANI

Lagi pula ia sesuai dengan minatnya yang suka kepada bidang pemasaran.

“Sebenarnya memang daripada zaman belajar diploma dah mula berniaga dan buat content sendiri dalam bahagian marketing. Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik.

“Selepas diploma, saya dapat kerja menjadi admin di salah satu syarikat insurans dan takaful. Di sana saya turut membantu ejen membuat pemasaran, kiranya bagi sedikit idea dan cara untuk mendekati pelanggan selama hampir lapan bulan.

Antara pilihan warna tudung yang dijualnya.

Antara pilihan warna tudung yang dijualnya.

“Kemudian saya kembali kepada marketing makanan di Setia Alam selama lebih kurang setahun. Punca berhenti sebab nak ceburi bidang marketing dalam bahagian fesyen memandangkan lebih minat ke arah tersebut.

“Jadi saya bekerja sebagai staf retail tudung. Job scope tiada yang berkaitan dengan marketing, tapi memandangkan berminat ke arah tersebut, jadi saya sendiri offer kepada manager untuk buat pemasaran sendiri dan kebiasaannya viral. Sambil itu, saya dah mula buat review di Instagram dan TikTok,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai bisnes tudung yang sedang diusahakan, ujarnya yang mesra dipanggil Nurul, nama yang akan digunakan adalah NuRiq iaitu gabungan namanya dan tunang.

Katanya lagi, buat masa sekarang dia akan memberi tumpuan kepada tudung jenis selendang dan bawal sahaja sebagai permulaan berikutan modal yang dilaburkan adalah sedikit.

Tambahnya, disebabkan bisnes tudung telah banyak di pasaran, dia tampilkan kelainan dengan menyediakan surprise box.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain