suria

Apa dosa anjing ini? Bingo dan Jojo mati diracun, aksi 2 haiwan comel jadi ‘escort’ tauke getah tinggal kenangan

Kesemua anjing itu diletakkan di kebun milik ayah Lily.

KISAH mengenai seorang tauke getah bersama anak gadisnya yang sentiasa ditemani anjing peliharaan mereka ketika keluar bekerja pernah tular pada tahun lalu.

Namun siapa sangka, dua ekor haiwan comel yang dibela dengan penuh kasih sayang itu akhirnya mati diracun oleh individu tidak bertanggungjawab, baru-baru ini.

Menurut Lily Nur Elliyana Mohamad, 20, dia yang sedang mengikuti latihan ketenteraan pada April lalu terkejut apabila menerima perkhabaran mengenai kematian Bingo dan Jojo daripada bapanya.

"Dua anjing itu mati ketika saya masuk latihan ketenteraan. Saya dah nak habis latihan, memang tak sabar nak balik. Kemudian ayah call, dia kata Bingo dan Jojo dan tak ada. Ayah kata mati kena racun.

"Ada orang letak racun dalam makanan. Kedua-dua anjing mati dalam keadaan mulut berbuih, ada kesan makanan yang berunsurkan racun. Mungkin orang nak khianat. Dua anjing itu mati di kebun kami.

"Sejujurnya memang sedih, memang balik tu nak jumpa mereka, saya rindu gelagat Bingo dan Jojo. Tapi sekarang suasana dah sendu, tak sama macam dulu," ujarnya yang senang disapa Lily.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Awek getah' tak kisah bergelumang bau busuk setiap hari, gigih gali pengalaman nak sambung legasi bapa - “Mulut orang kita tak boleh tutup”

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamaknya manusia! 6 ekor kucing mati diracun buat hati si ayah sebak

Menurut gadis itu, dua ekor lagi anjing peliharaan keluarganya masih ada, namun dijaga dengan penuh berhati-hati kerana enggan episod duka itu berulang kembali.

Jelasnya, kesemua anjing itu dibeli bapanya dari sebuah perkampungan Orang Asli untuk menjaga kebuh dan pada masa sama dibawa sebagai escort setiap kali mereka keluar mengutip hasil getah daripada penduduk setempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

lily1

Lily yang dikenali sebagai 'Awek Getah' pernah tular menerusi TikTok pada tahun lalu.

"Bingo, Jojo dan Ciko dibeli dua tahun lepas, ayah beli dari perkampungan Orang Asli. Lepas Bingo dan Jojo dan mati, kami memang ekstra hati-hati jaga Ciko. Kami tak akan lepaskannya berkeliaran di luar.

"Kalau Ciko nak keluar jalan-jalan pun, kami akan pegang tali sebab tak nak jadi macam Bingo dan Jojo. Takut kejadian itu berulang lagi. Sekarang ada seekor lagi anjing kecil. Tapi mereka duduk di kebun saja," ujarnya.

anjing5

Binggo, Jojo dan Ciko mempunyai peminat tersendiri di TikTok.

Menurut Lily, dia cukup terkilan dengan sikap pelaku yang meracun dua anjing keluarganya, malah berharap mereka diberi kesedaran agar tidak menganiayai haiwan.

"Nasihat saya secara umum, kalau kita tak suka anjing ataupun kucing kerana masuk ke kawasan rumah kita atau berak di rumah kita, sebaiknya maklumkan pada pemilik haiwan.

Cuba letak diri awak di tempat saya. Apa awak rasa kalau orang bunuh haiwan peliharaan awak?

LILY

"Kalau pemilik haiwan tu tak ambil tindakan, baru kita lapor pada pihak berkuasa. Anjing tu ada tuan, kalau ada masalah, boleh cakap kat tuan.

"Kepada individu yang racun Bingo dan Jojo, cuba letak diri awak di tempat saya. Apa awak rasa kalau orang bunuh haiwan peliharaan awak? Saya rasa sangat terkilan. Terkilan sebab cara mereka dibunuh sangat menyeksakan.

anjign2

Anjing-anjing ini kerap menemani bapa Lily setiap kali dia keluar mengutip getah.

"Bingo dan Jojo tak mati depan mata saya, saya tiada ketika ia berlaku. Tapi mak ayah saya paling terasa. Mereka yang uruskan semuanya," ujar anak bongsu daripada enam beradik itu.

Untuk rekod, kisah Lily yang sering mengikuti bapanya keluar bekerja pernah tular dan mendapat liputan mStar pada Mei 2021.

anjing3

Ramai netizen terhibur menonton gelagat anjing peliharaan keluarga Lily.

Ketika itu, nama Lily menjadi sebutan ramai kerana aksinya yang tidak kekok bergelumang dengan bau getah setiap hari.

Lily yang turut dikenali sebagai 'Awek Getah' mempunyai lebih 114,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain