suria

'Awek getah' tak kisah bergelumang bau busuk setiap hari, gigih gali pengalaman nak sambung legasi bapa - “Mulut orang kita tak boleh tutup”

Tauke getah muda yang dikenali sebagai Lily itu bersyukur apabila ramai netizen memberi komen sokongan dan mendoakan kejayaannya.

DALAM kerjaya yang biasanya dimonopoli kaum lelaki, terselit kehadiran gadis ini sehingga dia berjaya mencuri tumpuan ramai.

Mana tidaknya, Lily Nur Elliyana Mohamad, 19, yang juga anak kepada tauke getah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mula menyambung legasi bapanya sejak dia menamatkan sekolah.

Mesra disapa Lily, anak bongsu daripada enam beradik itu mengakui tidak segan, malah bangga dengan apa yang diusahakan bapanya, Mohamad Abu Hassan, 64, sejak sekian lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi habis bakal ustazah ni, selamba pandu 4x4 rentas sungai... berbaju kurung pun redah je! - “Ayah perhati dari luar”

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar berpeluh demi photoshoot ‘Awek Mekanik’, model pula maintain cun! - “Nak tengok skrin kamera pun tak nampak”

"Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terus bekerja dengan ayah. Kami membeli getah daripada penoreh di sekitar Kuala Pilah.

"Dah tujuh tahun ayah buat kerja ni. Dulu masa tingkatan dua, saya selalu ikut ayah. Mula-mula jadi kerani, tolong kira duit.

Kata Lily, dia mahu bekerja dan mencari pengalaman dengan bapanya.

"Sekarang saya kerja dengan ayah, nak cari pengalaman dulu sebelum cuba kerja lain pula selepas ini," ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menggelarkann dirinya sebagai 'Awek Getah' di media sosial, Lily mengakui tidak sangka perkongsian kisah hidupnya akan menjadi tular.

Selain komen pujian, dia juga tak terlepas menerima komen kecaman di aplikasi TikTok.

Mereka kata hidung saya tak berfungsi. Hari-hari dah bergelumang, saya dah terbiasa.

LILY

"Ayah sendiri kata, dia tak pernah tengok perempuan buat kerja ini. Awal-awal dulu saya kekok juga, sekarang boleh buat A sampai Z.

"Boleh tak boleh, saya buat je. Tapi ia kerja yang memenatkan fizikal. Saya tak ada niat nak famous bila kongsi video di TikTok.

"Komen negatif tu mesti ada. Mereka kata, orang lain pun buat kerja berat, tapi tak menunjuk. Tapi tak apa, saya ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.

Lily dan bapanya membeli getah di sekitar Kuala Pilah.

"Ada juga yang tanya pasal bau getah. Mereka kata hidung saya tak berfungsi. Hari-hari dah bergelumang, saya dah terbiasa," ujarnya lagi.

Paling mencuri tumpuan di TikTok tentunya video memaparkan Lily duduk di bahagian belakang sebuah pacuan empat roda bersama timbunan getah yang dibeli daripada penoreh.

Kata Lily, dia bagaimanapun bersyukur apabila ramai netizen memberi komen sokongan dan mendoakan kejayaannya.

"Saya cuma nak ucapkan terima kasih. Walaupun tak kenal di dunia nyata, mereka tetap doakan saya murah rezeki dan berjaya.

"Banyak sebenarnya saya belajar bila kerja dengan ayah. Mental ayah sangat kuat, semua benda dia nak buat.

"Macam-macam ragam pelanggan pun dia hadap je," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain