suria

Segak berbaju Melayu, jejaka iras ‘oppa’ ini mengaku sering bandingkan dirinya dengan T.O.P dari kumpulan Big Bang

Video photoshoot raya yang dikongsi di TikTok meraih perhatian ramai netizen.

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki iras selebriti K-Pop yang segak berbaju Melayu ternyata mencuri perhatian ramai.

Jika disoroti ruangan komen menerusi video yang dikongsi oleh Lucas Lau, 29, rata-rata netizen tidak menyangka dia merupakan rakyat Malaysia.

Mesra disapa Lucas, influencer dari Kuching, Sarawak itu mengakui agak terkejut dengan reaksi yang diterima selepas tularnya video photoshoot raya di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi tarian K-Pop setiap hari sejak PKP, jejaka ini terkejut pengikut di TikTok lebih tenang... tak pernah kecam! - “Habis kerja, saya terus berlatih dua jam”

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah pengurus warga tua minat BTS tepis hujah hanya gadis IQ rendah minat kumpulan K-Pop itu - "Ada toxic fans, menyamar buat akaun palsu"

"Itu sebenarnya video ketika raya tahun 2020. Saya baru sahaja kongsi di TikTok. Tahun ini hanya duduk di rumah, tiada content baharu.

"Saya terkejut lihat komen-komen netizen. Ramai tak sangka saya orang Malaysia. Tapi sejujurnya sejak dulu lagi saya selalu dapat komen macam tu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ada yang samakan saya dengan penyanyi T.O.P dari kumpulan Big Bang. Saya selalu juga buat perbandingan gambar antara saya dan T.O.P tapi memang tak sama.

"Saya terima sahaja semua komen asalkan bukan komen bersifat kebencian," ujarnya kepada mStar.

Paparan skrin video di sebalik tabir photoshoot itu.

Menurut Lucas, dia sudah lima tahun berkecimpung aktif dengan media sosial yang mana dia bermula dengan content berkaitan fesyen sebelum beralih kepada content berkaitan lifestyle.

Saya paling suka makan rendang dan lemang, tapi saya tak tahan makanan pedas.

LUCAS

Bercerita mengenai Hari Raya Aidilfitri, Lucas berkata dia sudah terbiasa meraikannya sejak dulu lagi.

Malah, dia juga memiliki lima pasang baju Melayu dalam koleksi di rumahnya.

"Saya dah terbiasa sambut raya, saya memang dari Malay school. Paling suka mengenai raya tentunya apabila saya dapat dress up cantik-cantik.

"Biasanya saya akan berkunjung ke rumah terbuka kawan-kawan. Saya paling suka makan rendang dan lemang, tapi saya tak tahan makanan pedas," ujarnya berseloroh.

Lucas segak dalam baju Melayu rona putih.

Dalam pada itu, Lucas turut meminta semua rakyat di negara ini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) demi mengekang penularan Covid-19 khususnya ketika bulan Syawal ini.

"Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua. Sambut dengan keluarga pun sudah memadai, yang penting jaga diri dan patuhi SOP," ujarnya.

Untuk rekod, Lucas memiliki lebih 240,000 pengikut di TikTok dan 89,000 pengikut Instagram.

Video di TikTok memaparkan Lucas memakai baju Melayu turut meraih lebih 100,000 tontonan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain